Mursyid
Amalan Maulid (Majelis Asysyifa – Habib Ali) di Pondok Pesantren Darussa’adah Bandar Lampung
Foto : 3 Dari Ujung sebelah Kanan : Habib alaydrus bandar lampung, Habib ali (Pengasuh majelis Asy-syifa lampung) , Kyai Muhammad Fakhurrijal (mudir Ponpes darussa’adah)
Puji syukur kepada Allah SWT. atas rahmatnya. Selamat dan jazakumullah kepada Para Habib di Lampung atas diadakannya amalan maulid di pondok pesantren Darussa’adah bandar Lampung.
Majelis asy-syifa yang di asuh oleh Habib Ali (alumni darul musthafa, Hadramaut Yaman) mengundang muslimin untuk hadir dalam majelis tausiyah dan pembacaan Burdah pada :
Hari : Tiap Hari Rabu malam kamis, ba’da Magrib s/d selesai
Tempat : Jalan Hayam wuruk no 63 , Kampung sawah lama, Tanjung Karang Timur, Bandar Lampung (dari pasaraya Chandra- Tanjung karang ke terus kiri).
Untuk Informasi lebih Lanjut bisa ditanyakan di :
1. Toko Buku Alaydrus (depan pasaraya Ramayana- Bandar lampung)
3. Ustadz Muhammad Fakhurrijal , Mudir Ponpes darussa’adah Gunung Terang- Bandar Lampung
*******************************************************
Puji syukur kepada Allah SWT. atas rahmatnya
Selamat dan terimakasih kepada Nahdlatul ‘ulama (NU) – Indonesia
Atas onlinenya website :
Jam’iyyah Ahlith Thoriqoh Al Mu’tabaroh An Nahdliyyah
http://thoriqoh-indonesia.org/
Semoga Menjadi Asbab Hidayah KeSeluruh Alam.
From : Abu Haidar
www.salafytobat.wordpress.com
Alumni Ponpes Darussa’adah
***********************************************************************
Ponpes Darussa’adah Al islamiyah
Pengasuh : Kyai Muhammad Fakhrurrijal
Ketua Yayasan : Al-mukaram Husin Rohani
Jl. Purnawirawan 7, Gang Haji Latief
Gunung Terang, Bandar Lampung – Indonesia
Membuka Pendaftaran santri baru dan mengundang muslimin/muslimat untuk mengikuti Pengajian Kitab-Kitab Ahlusunnah (setiap harinya diadakan sesuai jadwal) :
1. Ba’da Sholat shubuh (Jam 05.30 WIB)
- Tafsir Jalalain
- Kitab Tasawwuf (irsyadul ‘ibad, Bidayat al nihayat (imam ghazali) dsb)
2. Ba’da Maghrib
- Kitab Fiqh (Syarah fathul mu’in, syarah safinatun najaa, syarah fathul qarib, syarah sulam taufiq dsb)
- Kitab Aqidah Ahlus sunnah waljama’ah (Aqidatul awwam dsb)
- Ilmu Bahasa arab (nahwu-sharaf- balaghah) : (Kitab Jurrumiyah, Mutamimmah, Amtsaluttashriifiyah, kailani, ‘imrity, al maqsud (nadhom), syarah alfiyyah ibnu malik dsb)
- Kitab tasawwuf dan ahlaq (kitab ta’limuta’alim dsb)
- Kitab Hadits (arba’in dsb)
(mengikut jadwal setiap harinya)
3. Khusus Hari sabtu (Ba’da Maghrib – malam ahad)
- Qiraat alqur’an)
_______________
Taman Pendidikan Al-qur’an (TPA) untuk kanak-kanan : selepas ashar
- Belajar Membaca dan menulis alqur’an Alqur’an
- Tajwid
Oleh : Ustaz Hendra dan santri-santri senior
*************************************************************
Belasungkawa
Terbaca didalam shout box taksat ni mengenai berita kewafatan Syaikh Abdullah Harary. Lepas tu pi lawati blog al-Fadhil Ustaz Abu Syafiq untuk mengsahkan berita kewafatan tersebut. Benarlah, Syaikh Abdullah al-Harary al-’Abdary telah kembali ke rahmatillah hari ini, Selasa, 2 Ramadhan 1429H bersamaan 2 September 2008. selepas waktu subuh.[waktu Beirut, Lubnan].
Dunia Islam, khususnya bagi golongan ahl sunnah kehilangan seorang ulama yang gigih mempertahankan aqidah ahl sunnah. Benarlah maksud sebuah hadits riwayat daripada Abdullah bin ‘Amr bin Ash رضي الله عنهما:
Dunia Islam, khususnya bagi golongan ahl sunnah kehilangan seorang ulama yang gigih mempertahankan aqidah ahl sunnah. Benarlah maksud sebuah hadits riwayat daripada Abdullah bin ‘Amr bin Ash رضي الله عنهما:
Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi Allah Ta’ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama sehingga apabila tidak tertinggal satu orang alimpun, manusia akan menjadikan pemimpin-pemimpin dari orang-orang yang bodoh, maka tatkala mereka ditanya (tentang masalah agama), lalu mereka akan berfatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan. (Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidhi dan Ibn Majah)
Para ulama seumpama bintang dilangit yang menjadi petunjuk kepada para pengembara, maka apabila mereka tiada, pengembara kan hilang pedoman dan langit menjadi suram tiada tidak berseri.
Daripada Anas bin Malik رضي الله عنه katanya: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda (maksudnya):
Daripada Anas bin Malik رضي الله عنه katanya: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda (maksudnya):
Sesungguhnya perumpamaan ulama di bumi ini adalah seperti bintang-bintang yang dijadikan petunjuk di dalam kegelapan-kegelapan darat dan lautan, apabila bintang-bintang ini sirna di antara kegelapan-kegelapan tadi, maka sudah tentu para penunjuk jalan akan berhadapan dengan kesesatan jalan – Hadits riwayat Imam Ahmad
Daripada Abu Darda رضي الله عنه katanya:
Aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda (maksudnya): Sesiapa yang pergi di pagi hari kerana inginkan ilmu dan untuk mempelajarinya semata-mata kerana Allah Ta’ala, nescaya Allah Ta’ala akan membukakan baginya satu pintu menuju syurgaNya, para malaikat membentangkan sayapnya untuknya dan demikian juga ikan-ikan dilaut. Kelebihan orang yang alim itu ke atas orang yang abid apalah seumpama kelebihan bulan purnama ke atas sekecil-kecil bintang dilangit. Para ulama itu adalah pewaris Nabi. Sesungguhnya Nabi tidak mewariskan wang dinar dan tidak juga wang dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambil ilmu maka dia telah mengambil habuannya yang amat bernilai. Oleh itu matinya seorang yang alim adalah satu musibah yang sukar digantikan dan satu kepincangan yang susah ditutupi. Ini adalah umpama bintang yang hilang sirna (diantara bintang-bintang). Sesungguhnya matinya satu kabilah adalah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang alim ( Hadits riwayat Abu Daud, at-Tirmidhi, Ibn Majah dan al-Baihaqi)
Semoga Allah mengampuni, merahmati, memaafkan semua kesalahannya, melipatgandakan kebaikannya, menempatkan ruhnya di Syurga Firdaus yang tertinggi bersama para nabi, siddiqin, syuhada’ dan sholihin dan semoga Allah memberi ganti yang baik bagi kami dan kaum muslimin. al-Faatihah.
__________________________________
SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI dalam kenangan
UCAPAN TA’ZIYAH DARI USTAZ ABU SYAFIQ AL-ASY’ARY BUAT PENCINTA ULAMA ISLAM
—————————————
Ucapan ta’ziyah dari abu haidar (http://salafytobat.wordpress.com), dan segenap santri dan keluarga besar ponpes Darussa’adah – Bandar Lampung (Kyai Muhammad fakhurrijal, segenap pengerusi yayasan dan santri)…kepada SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-’ABDARY RAHIMAHULLAH…..
Satu Penghormatan Dari Anak Muridmu Khas Buat Tuan Guru Yang Mulia… AL-FATIHAH
—————————————
Ucapan ta’ziyah dari abu haidar (http://salafytobat.wordpress.com), dan segenap santri dan keluarga besar ponpes Darussa’adah – Bandar Lampung (Kyai Muhammad fakhurrijal, segenap pengerusi yayasan dan santri)…kepada SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-’ABDARY RAHIMAHULLAH…..
Satu Penghormatan Dari Anak Muridmu Khas Buat Tuan Guru Yang Mulia… AL-FATIHAH
ULAMA ISLAM, PEJUANG MUJAHID MENOLAK SEGALA BID’AH SESAT KHASNYA BID’AH AQIDAH,
PENJAGA AQIDAH, MUJAHID KEATAS AHLI BID’AH SEPERTI WAHHABI DAN SELAINNYA,
BERANI MEMPERTAHANKAN AQIDAH YANG BENAR, WALI, SOLEH, AHLI ZUHUD, SUFI HAKIKI,
PENCINTA PARA NABI, MEMPERTAHANKAN ULAMA ISLAM SEBENAR,
PENEGAK AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH ZAMAN KINI, PENCARI REDHO TUHANNYA MEMALING REDHO MANUSIA YANG DIBENCI TUHANNYA, PEJUANG YANG HANYA UNTUK DAN DEMI TUHANNYA, SEORANG YANG AMANAH DALAM ILMU DAN NUKILANNYA,
TELITI DALAM SEGALA PENULISANNYA,PENYINAR ILMU AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH AL-ASYAIRAH, ‘HURRAS AQIDAH’ IAITU PENJAGA AQIDAH ISLAM GELARANNYA, ASY-SYAFIE’ MAZHABNYA, AL-QODIRIY DAN AR-RIFAI’Y TORIQOTNYA, HUJJAHTUL ISLAM DAN MUJADDI FI ZAMANIHI, SESIAPA YANG MENGENALI BELIAU BENAR-BENAR MAKA DIA PASTI MENGENALNYA DENGAN PENUH KEHORMATAN, SESIAPA YANG TIDAK MENGENALI BELIAU MAKA SAYA KATAKAN BELIAU
MERUPAKAN SYEIKHUL ISLAM SEBENAR AL-MUHADDITH SYEIKHI ABDULLAH AL-HARARI AL-’ABDARY RAHIMAHULLAH…..
PENJAGA AQIDAH, MUJAHID KEATAS AHLI BID’AH SEPERTI WAHHABI DAN SELAINNYA,
BERANI MEMPERTAHANKAN AQIDAH YANG BENAR, WALI, SOLEH, AHLI ZUHUD, SUFI HAKIKI,
PENCINTA PARA NABI, MEMPERTAHANKAN ULAMA ISLAM SEBENAR,
PENEGAK AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH ZAMAN KINI, PENCARI REDHO TUHANNYA MEMALING REDHO MANUSIA YANG DIBENCI TUHANNYA, PEJUANG YANG HANYA UNTUK DAN DEMI TUHANNYA, SEORANG YANG AMANAH DALAM ILMU DAN NUKILANNYA,
TELITI DALAM SEGALA PENULISANNYA,PENYINAR ILMU AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH AL-ASYAIRAH, ‘HURRAS AQIDAH’ IAITU PENJAGA AQIDAH ISLAM GELARANNYA, ASY-SYAFIE’ MAZHABNYA, AL-QODIRIY DAN AR-RIFAI’Y TORIQOTNYA, HUJJAHTUL ISLAM DAN MUJADDI FI ZAMANIHI, SESIAPA YANG MENGENALI BELIAU BENAR-BENAR MAKA DIA PASTI MENGENALNYA DENGAN PENUH KEHORMATAN, SESIAPA YANG TIDAK MENGENALI BELIAU MAKA SAYA KATAKAN BELIAU
MERUPAKAN SYEIKHUL ISLAM SEBENAR AL-MUHADDITH SYEIKHI ABDULLAH AL-HARARI AL-’ABDARY RAHIMAHULLAH…..
Beliau telah kembali ke rahmatillah hari ini Selasa 2hb Ramadhan 1429H : 2hb 9 2008.
selepas waktu subuh tadi waktu Beirut, Lubnan. Jenazahnya yang mulia disembahyangkan oleh ratusan ribu umat Islam di Masjid Burj Aby Haidar Beirut Lubnan petang tadi waktu asar time Beirut Lubnan dan jutaan umat Islam diseluruh pelusuk dunia turut menunaikan solat jenazah ghoib buat Syeikh Al-Mujahid Abdullah Al-Harari kemudian jasadnya disemadikan berhampiran Masjid Burj Aby Haidar. Rahimakallah ya Syeikhy….
selepas waktu subuh tadi waktu Beirut, Lubnan. Jenazahnya yang mulia disembahyangkan oleh ratusan ribu umat Islam di Masjid Burj Aby Haidar Beirut Lubnan petang tadi waktu asar time Beirut Lubnan dan jutaan umat Islam diseluruh pelusuk dunia turut menunaikan solat jenazah ghoib buat Syeikh Al-Mujahid Abdullah Al-Harari kemudian jasadnya disemadikan berhampiran Masjid Burj Aby Haidar. Rahimakallah ya Syeikhy….
Pemergianmu satu kehilangan yang besar buat umat Islam pencinta sunnah sebenar.
Al-Fatihah….
_______________
BANGKITALAH WAHAI PEJUANG-PEJUANG ISLAM! PEJUANG-PEHUANG SUNNI /AHLUSUNNAH!!
BELA AGAMA DAN AQIDAH KALIAN!!
DAKWAH KE SELURUH ALAM—DAKWAH SAMPAI HARI KIAMAT!!!
________________
http://abu-syafiq.blogspot.com/
http://salafytobat.wordpress.com
************
Syeikh Nawawi Al-Bantani : Para Ulama Makkah pun Berguru kepadanya
Kemasyhuran dan nama besar Syeikh Nawawi al-Bantani kiranya sudah tidak perlu diragukan lagi. Melalui karya-karyanya, kira-kira mencapai 200-an kitab, ulama kelahiran Kampung Tanara, Serang, Banten, 1815 M ini telah membuktikan kepada dunia Islam akan ketangguhan ilmu ulama-ulama Indonesia.
Para ulama di lingkungan Masjidil Haram sangat hormat kepada kealimannya. Bahkan ketika Syeikh Nawawi berhasil menyelesaikan karyanya Tafsir Marah Labid, para ulama Mekkah serta merta memberikan penghormatan tertinggi kepadanya. Pada hari yang telah ditentukan para ulama Mekah dari berbagai penjuru dunia mengarak Syeikh Nawawi mengelilingi Ka`bah sebanyak tujuh kali sebagai bukti penghormatan mereka atas karya monumentalnya itu.
Nama Imam Nawawi begitu dominan, terutama dalam lingkungan ulama-ulama Syafi’iyah. Beliau sangat terkenal kerana banyak karangannya yang dikaji pada setiap zaman dari dahulu sampai sekarang. Nama ini adalah milik Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syirfu an-Nawawi yang dilahirkan di Nawa sebuah distrik di Damaskus Syiria pada bulan Muharram tahun 631 H.
Pada penghujung abad ke-18 lahir pula seseorang yang bernama Nawawi di Tanara, Banten. Nama lengkapnya adalah Syeikh Muhammad Nawawi bin Umar ibnu Arabi bin Ali al-Jawi al-Bantani. Anak sulung seorang ulama Banten, lahir pada tahun 1230 H/1814 M di Banten dan wafat di Mekah tahun 1314 Hijrah/1897 Masehi.
Ketika kecil, sempat belajar kepada ayahnya sendiri, kemudian memiliki kesempatan belajar ke tanah suci. Datang ke Mekah dalam usia 15 tahun dan meneruskan pelajarannya ke Syam (Syiria) dan Mesir. Tidak diketahui secara pasti, berapa lama Imam Nawawi mengembara keluar dari Mekah kerana menuntut ilmu hingga kembali lagi ke Mekah. Keseluruhan masa tinggal di Mekah dari mulai belajar, mengajar dan mengarang hingga sampai kemuncak kemasyhurannya lebih dari setengah abad lamanya.
Karena Syeikh Nawawi yang lahir di Banten ini juga memiliki kelebihan yang sangat hebat dalam dunia keulamaan melalui karya-karya tulisnya, maka kemudian ia diberi gelar Imam Nawawi kedua (Nawawi ats-Tsani). Orang pertama memberi gelar ini adalah Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani. Gelar ini akhirnya diikuti oleh semua orang yang menulis riwayat ulama asal dari Banten ini. Sekian banyak ulama dunia Islam sejak sesudah Imam Nawawi pertama, Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syirfu (wafat 676 Hijrah/1277 Masehi) hingga saat ini, belum pernah ada orang lain yang mendapat gelaran Imam Nawawi kedua, kecuali Syeikh Nawawi yang kelahiran Banten (Imam Nawawi al-Bantani).
Meskipun demikian masyhurnya nama Nawawi al-Bantani, namun Beiau adalah sosok pribadi yang sangat tawadhu’. Terbukti kemudian, meskipun Syeikh Nawawi al-Bantani diakui alim dalam semua bidang ilmu keislaman, namun dalam dunia tarekat para sufi, tidak pernah diketahui Beliau pernah membaiat seorang murid pun untuk menjadi pengikut thariqah. Hal ini dikarenakan, Syeikh Ahmad Khathib Sambas (Kalimantan), guru Thariqah Syeikh Nawawi al-Bantani, tidak melantiknya sebagai seorang mursyid Thariqat Qadiriyah-Naqsyabandiyah. Sedangkan yang dilantik ialah Syeikh Abdul Karim al-Bantani, sepupu Syeikh Nawawi al-Bantani, yang sama-sama menerima thariqat itu dari Syeikh Ahmad Khathib Sambas. Tidak diketahui secara pasti penyebab Nawawi al-Bantani tidak dibaiat sebagai Mursyid. Syeikh Nawawi al-Bantani sangat mematuhi peraturan, sehingga Beliau tidak pernah mentawajuh/membai’ah (melantik) seorang pun di antara para muridnya, walaupun sangat banyak di antara mereka yang menginginkan untuk menjalankan amalan-amalan thariqah.
Guru-gurunya
Di Mekah Syeikh Nawawi al-Bantani belajar kepada beberapa ulama terkenal pada zaman itu, di antara mereka yang dapat dicatat adalah sebagai berikut: Syeikh Ahmad an-Nahrawi, Syeikh Ahmad ad-Dimyati, Syeikh Muhammad Khathib Duma al-Hanbali, Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Maliki, Syeikh Zainuddin Aceh, Syeikh Ahmad Khathib Sambas, Syeikh Syihabuddin, Syeikh Abdul Ghani Bima, Syeikh Abdul Hamid Daghastani, Syeikh Yusuf Sunbulawani, Syeikhah Fatimah binti Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani, Syeikh Yusuf bin Arsyad al-Banjari, Syeikh Abdus Shamad bin Abdur Rahman al-Falimbani, Syeikh Mahmud Kinan al-Falimbani, Syeikh Aqib bin Hasanuddin al-Falimbani dan lain-lain.
Murid-muridnya
Syeikh Nawawi al-Bantani mengajar di Masjidil Haram menggunakan bahasa Jawa dan Sunda ketika memberi keterangan terjemahan kitab-kitab bahasa Arab.
Murid-muridnya yang berasal-dari Nusantara banyak sekali yang kemudian menjadi ulama terkenal. Di antara mereka ialah, Kiai Haji Hasyim Asy’ari Tebuireng, Jawa Timur; Kiai Haji Raden Asnawi Kudus, Jawa Tengah; Kiai Haji Tubagus Muhammad Asnawi Caringin, Banten; Syeikh Muhammad Zainuddin bin Badawi as-Sumbawi (Sumba, Nusa Tenggara); Syeikh Abdus Satar bin Abdul Wahhab as-Shidqi al-Makki, Sayid Ali bin Ali al-Habsyi al-Madani dan lain-lain. Tok Kelaba al-Fathani juga mengaku menerima satu amalan wirid dari Syeikh Abdul Qadir bin Mustafa al-Fathani yang diterima dari Syeikh Nawawi al-Bantani.
Salah seorang cucunya, yang mendapat pendidikan sepenuhnya dari nawawi al-Bantani adalah Syeikh Abdul Haq bin Abdul Hannan al-Jawi al-Bantani (1285 H./1868 M.- 1324 H./1906 M.). Banyak pula murid Syeikh Nawawi al-Bantani yang memimpin secara langsung barisan jihad di Cilegon melawan penjajahan Belanda pada tahun 1888 Masehi. Di antara mereka yang dianggap sebagai pemimpin perlawanan Perjuangan di Cilegon ialah Haji Wasit, Haji Abdur Rahman, Haji Haris, Haji Arsyad Thawil, Haji Arsyad Qasir, Haji Aqib dan Tubagus Haji Ismail. Para ulama pejuang bangsa ini adalah murid Syeikh Nawawi al-Bantani yang dikader di Mekkah. (Syaifullah Amin)
Tawassul – Hadhratusy Syaikh
Ikhwah, jika di tanah seberang terutama di Pulau Jawa dan khasnya bagi warga Nahdhiyyin jika disebut Hadhratusy Syaikh maka orang yang dimaksudkan ialah Hadhratusy Syaikh Hasyim Asy`ari rhm. Beliau adalah pendiri Pesantren Tebuireng dan perintis Nahdlatul Ulama (NU), salah satu organisasi kemasyarakatan terbesar di Indonesia. Hadhratusy Syaikh dilahirkan di Pondok Nggedang, Jombang, Jawa Timur, pada 10 April 1875 dari keturunan ulama yang secara turun-temurun memimpin pesantren. Ayahnya bernama Kiyai Asy`ari, pemimpin Pesantren Keras yang berada di sebelah selatan Jombang. Ibunya bernama Halimah. Dari garis ibu, Kiyai Hasyim Asy`ari merupakan keturunan Raja Brawijaya VI, yang juga dikenal dengan Lembu Peteng, ayah Jaka Tingkir yang menjadi Raja Pajang (keturunan kedelapan dari Jaka Tingkir). Nendanya, Kiyai Ustman terkenal sebagai pemimpin Pesantren Gedang, yang santrinya berasal dari seluruh Jawa, pada akhir abad 19. Dan moyangnya, Kiyai Sihah, adalah pendiri Pesantren Tambakberas di Jombang.
Semenjak kecil hingga berusia empat belas tahun, putra ketiga dari 11 bersaudara ini mendapat pendidikan langsung dari ayah dan nendanya, Kyai Utsman. Hasratnya yang besar untuk menuntut ilmu mendorongnya belajar lebih giat dan rajin. Hasilnya, ia diberi kesempatan oleh ayahnya untuk membantu mengajar di pesantren karena kepandaian yang dimilikinya.Tak puas dengan ilmu yang diterimanya, semenjak usia 15 tahun, ia berkelana dari satu pesantren ke pesantren lain. Mulai menjadi santri di Pesantren Wonokoyo (Probolinggo), Pesantren Langitan (Tuban), Pesantren Trenggilis (Semarang), dan Pesantren Siwalan, Panji (Sidoarjo). Di pesantren Siwalan ia belajar pada Kiyai Jakub yang kemudian mengambilnya sebagai menantu.Pada tahun 1892, Hadhratusy Syaikh Hasyim Asy`ari menunaikan ibadah haji dan tinggal di sana untuk menimba ilmu di Makkah. Di sana ia berguru dengan ramai ulama terkemuka antaranya Habib ‘Alwi bin ‘Abbas al-Maliki, Syaikh Ahmad Khatib, Syaikh Mahfudz at-Tarmisi dan ramai lagi.
Setelah menahun di Tanah Suci, beliau kembali ke Indonesia dan dalam perjalanan pulangnya beliau singgah di Johor, Malaysia dan mengajar di sana. Beliau menjejak kaki semula di bumi Indonesia pada tahun 1899. Hadhratusy Syaikh mendirikan pesantren di Tebuireng yang kelak menjadi pesantren terbesar dan terpenting di Jawa pada abad 20. Sejak tahun 1900. Dalam pesantren itu bukan hanya ilmu agama yang diajarkan, tetapi juga pengetahuan umum. Para santri belajar membaca huruf rumi, menulis dan membaca buku-buku yang berisi pengetahuan umum, berorganisasi, dan berpidato.
Tanggal 31 Januari 1926, bersama dengan tokoh-tokoh Islam tradisional, Hadhratusy Syaikh, setelah mendapat perkenan gurunya Kiyai Kholil Bangkalan, mendirikan Nahdlatul Ulama, yang berarti “Kebangkitan Ulama“. Organisasi ini pun berkembang dan ramai anggotanya. Pengaruh Hadhratusy Syaikh pun semakin besar dengan mendirikan organisasi NU, bersama teman-temannya. Itu dibuktikan dengan dukungan dari ulama di Jawa Tengah dan Jawa Timur. Bahkan, para ulama di berbagai daerah sangat menyegani kewibawaan beliau. Kini, NU pun berkembang makin pesat. Organisasi ini telah menjadi penyalur bagi perkembangan Islam ke desa-desa maupun perkotaan di Jawa.
Meski sudah menjadi tokoh penting dalam NU, beliau tetap bersikap toleran terhadap aliran lain. Yang paling dibencinya ialah perpecahan di kalangan umat Islam. Pemerintah Belanda bersedia mengangkatnya menjadi pegawai negeri dengan gaji yang cukup besar asalkan sudi bekerjasama, tetapi ditolaknya. Beliau juga tokoh yang besar dalam memperjuangkan kemerdekaan Indonesia. Atas jasa-jasanya itu, beliau telah dinobatkan sebagai Pahlawan Kemerdekaan Nasional. Ulama besar ini menghembuskan nafas terakhirnya pada 25 Julai 1947 dan disemadikan di di Tebuireng.
Hadhratusy Syaikh mempunyai beberapa karangan yang ditulisnya dalam Bahasa ‘Arab, antaranya ialah “an-Nurul Mubin fi Mahabbati Sayyidil Mursalin“. Dalam karangannya tersebut Hadhratusy Syaikh memperkatakan antara lain masalah tawassul dan istighatsah kepada Junjungan Nabi s.a.w. dan para shalihin. Antara kesimpulan yang ditulis beliau mengenainya adalah seperti berikut:-
….Demikian pula memohon melalui Nabi SAW, wali dan hamba yang shalih bukanlah meminta kepada mereka, tetapi meminta kepada Allah semata melalui mereka. Tawassul, meminta syafaat dan beristighosah melalui mereka tidaklah mempunyai pengertian lain dalam hati kaum muslimin kecuali sebagaimana yang disebutkan di atas. Dan tak seorang pun di antara mereka yang menghadapkan dirinya selain kepada Allah semata. Barangsiapa yang dadanya tidak dilapangkan untuk masalah ini, hendaklah ia menangisi dirinya sendiri. Kami meminta kepada Allah ampunan dan kesehatan.Dalam hadis tentang syafaat akan diutarakan permintaan perlindungan manusia kepada para Nabi pada hari kiamat. Dalam hadis tersebut terdapat dalil yang sangat jelas mengenai sikap bertawassul kepada mereka, bahwa setiap orang yang berbuat dosa dapat bertawassul kepada Allah melalui orang yang lebih dekat kepada Allah daripada dia. Ini tidak dipungkiri oleh siapapun.Tidak ada bedanya antara hal tersebut disebut dengan meminta syafaat, tawassul ataupun istighosah. Hal ini bukanlah termasuk perbuatan seperti yang dilakukan oleh orang-orang musyrik yang mendekatkan diri kepada Allah dengan menyembah selainNya, sebab hal ini memang kufur. Kaum muslimin, apabila bertawassul dengan Nabi SAW atau yang lainnya seperti para nabi, wali dan orang-orang shalih, tidaklah menyembah mereka, dan hal itu tidak membuat mereka keluar dari sikap tauhid mereka kepada Allah ta`ala. Hanya Dia sajalah yang memberikan kemanfaatan dan kemudaratan…. (petikan “an-Nurul Mubin” terjemahan Ustaz Khoiron Nahdliyyin dan Ustaz Ahmad Adib al-Arif).
Mudah-mudahan keredhaan dan rahmat Allah sentiasa dicurahkan kepada Hadhratusy Syaikh Hasyim Asy`ari serta para ulama umat ini sekaliannya. Allahumma aamiin …….al-Fatihah.
Kisah Mimpi Imam Syafi`i
Syaikh Abdul Hamid Kishk, ulama buta lulusan usuluddin dari al-Azhar asy-Syarif. Beliau telah hafal kitab suci al-Quran pada usia 8 tahun. Terkenal sebagai seorang da`i dan khatib yang berani dan lantang menyeru kepada kebenaran. Kelantangannya mengkritik pemerintah menyebabkan beliau pernah beberapa kali dimasukkan ke penjara. Beliau dilahirkan di sebuah kampung kecil yang terletak berhampiran dengan Iskandariah bernamaShibrakheet dalam tahun 1933. Pada hari Jumaat, 26 Rajab 1417 (6 Disember 1996) sewaktu memperingati peristiwa Isra` & Mi’raj, dalam sholat ketika bersujud pahlawan mimbar ini diambil kembali ke rahmatUllah. …. Allahu … Allah. Beliau meninggalkan ribuan rakaman ceramah dan khutbah yang mampu menggegarkan jiwa pendengarnya serta karangan kecil dan besar kira-kira 115 buah. Moga rahmat Allah sentiasa mencucuri ke atasnya … al-Fatihah.Di sini aku hendak menukilkan satu kisah yang disampaikan dalam salah satu khutbahnya berhubung Imam kita asy-Syafi`i r.a. Dalam himpunan khutbahnya yang diberi jodol “Huna Madrasatu Muhammad s.a.w.“, halaman 48 beliau menulis:
“Imam asy-Syafi`i r.a. berkata: “Aku telah bermimpi melihat Junjungan Nabi s.a.w. tatkala aku berusia 7 tahun. Junjungan Nabi s.a.w. bersabda kepadaku: “Wahai Syafi`i, adakah engkau tahu siapa aku?” Lalu jawabku: “Aku daripadamu dan engkau daripadaku, Ya RasulAllah.” Maka Junjungan Rasulullah s.a.w. pun meletakkan mulut baginda ke mulutku sehingga bercampur air ludahku dengan air ludah baginda, lalu aku mengetahui ilmu-ilmu yang ada di antara langit dan bumi (yakni ibarat bagi terbukanya pintu keilmuan yang luas). Ketika gementar aku, baginda meletakkan tangannya ke dadaku lalu tenanglah zahirku dan terpancarlah ilmu dari batinku.”Ya, Imam asy-Syafi`i menyatakan bahawa dirinya adalah daripada Junjungan Nabi s.a.w. adalah kerana beliau mempunyai nasab kepada Hasyim bin ‘Abdu Manaf, nenda Junjungan Nabi s.a.w. Ibunya pula bernasab kepada Sayyidah Fathimah az-Zahra` r.’anha, manakala isterinya, Sayyidah Hamiidah, adalah dari nasab Sayyidina ‘Utsman bin ‘Affan r.a.Sungguh pun demikian kemuliaan yang dimilikinya, namun pernah satu ketika tatkala bersama muridnya Imam Ahmad bin Hanbal, Imam asy-Syafi’i melantunkan syair berikut:-أحب الصالحين و لست منهم * لعل أن أنال بهم شفاعة
و أكره من تجارتهم معاصى * و إن كنا سويا في البضاعةKucintakan para salihin tapi bukanlah aku kalangan mereka
Moga dengan mereka kudapatkan syafaatnya
Kubencikan para pelaku maksiat durhaka
Walaupun perlakuanku sama seperti merekaMendengar syair gurunya, Imam Ahmad membalas balik dengan penuh adab ketinggian dengan katanya kepada Imam asy-Syafi`i: Ya Sayyidi,تحب الصالحين و أنت منهم * و منكم سوف يلقون الشفاعة
و تكره من تجارتهم معاصى * وقاك الله من شر البضاعةKau cintai para salihin dan engkau dari kalangan mereka
Akan terhasil segala syafaat dengan kalian semua
Dan kebencianmu kepada pelaku maksiat durhaka
Moga Allah memelihara dirimu dari kejahatan mereka
Allahu ..Allah, begitulah sikap tawadhu` yang ditunjukkan oleh Imam kita asy-Syafi`i. Walaupun berada di puncak keilmuan dan kesholehan, tetap tidak mengaku punya apa-apa maqam di sisi Allah s.w.t. Sentiasa merasakan dirinya hina dan masih bermaksiat kepada Allah. Benarlah perkataan sebahagian:-
رأس المال العلماء التواضع
Punca keberuntungannya para ulama adalah tawadhu.
Allahu …Allah, bukan saja ulama, umat semuanya disuruh bersikap tawadhu`. Tidak membesarkan diri, walaupun menyandang berbagai predikat. Jika umat biasa dikehendaki untuk tawadhu`, maka apatah lagi para pemuka umat. Junjungan Nabi s.a.w. bersabda:-
من تواضع رفعه الله و من تكبر وضعه الله
Sesiapa yang bersikap tawadhu, Allah akan mengangkatkannya; Dan sesiapa yang sombong membesarkan dirinya, Allah akan merendahkannya.
Maka dari itu telah berkata sebahagian hukama:-
التواضع سلّم الشرف
Tawadhu` adalah tangga untuk mencapai kemuliaan.
Kiyai Ahmad Qusyairi
Kiyai Ahmad Qusyairi bin Shiddiq bin ‘Abdullah bin Saleh bin Asy`ari bin Muhammad Adzro`i bin Yusuf bin Sayyid ‘Abdur Rahman (Mbah Sambu) bin Sayyid Muhammad Hasyim bin Sayyid ‘Abdur Rahman BaSyaiban bin Sayyid ‘Abdullah bin Sayyid ‘Umar bin Sayyid Muhammad bin Sayyid Ahmad bin Sayyid Abu Bakar BaSyaiban bin Sayyid Muhammad AsadUllah bin Sayyid Hasan at-Turabi bin Sayyid ‘Ali bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad Ba ‘Alawi al-Husainiadalah salah seorang ulama terkenal di Tanah Jawa. Beliau dilahirkan di sebuah desa bernama Sumbergirang yang terletak dalam Kota Lasem, Rembang, Jawa Tengah, pada 11 Sya’baan 1311H / 17 Februari 1894M. Beliau memulakan pengajian agamanya dengan ayahanda beliau yang sememangnya terkenal sebagai seorang ulama. Pengajian agamanya diteruskannya ke beberapa buah pondok pesantren antaranya di Langitan Tuban, Kajen Pati (Kiyai Khozin), Semarang (Kiyai Umar) dan Syaikh Kholil Bangkalan. Beliau mempunyai hubungan yang amat rapat dengan Syaikh Kholil Bangkalan yang terkenal sebagai ulama terbilang lagi wali.
Dikisahkan, suatu malam pada akhir Ramadhan, Syaikh Kholil menyuruh segenap santrinya mencari Lailatul Qadar. Tidak seperti santri lainnya yang melakukan riyadhah sepanjang malam, Kiyai Ahmad Qusyairi justru sebaliknya. Setelah melakukan riyadhah ala kadarnya, beliau tertidur di teras masjid. Tak lama kemudian, menjelang Shubuh, Syaikh Kholil berkeliling mengitari pesantren. Tiba-tiba beliau melihat seberkas cahaya datang dari atas, lalu jatuh ke salah seorang santri yang sedang tidur. Karena suasana gelap gulita, ia hampiri santri itu lalu mengikat salah satu ujung sarung yang dikenakan, sebagai tanda.Selepas shalat Shubuh, Syaikh Kholil membuat pengumuman: “Siapa di antara kalian yang sarungnya ada bundelan (tali simpul) nya?”, setelah ditunggu agak lama, tak satu pun santri yang menjawab, termasuk Kiyai Ahmad Qusyairi yang tak menyadari dialah yang dimaksud. Setelah mengetahui salah satu ujung sarungnya tersimpul, dia justru ketakutan. Tetapi karena Syaikh Kholil bertanyakan lagi, dia pun mengaku dengan penuh ketakutan, kerana Syaikh Kholil memang terkenal dengan ketegasannya. Tapi apa yang terjadi? Ternyata Syaikh Kholil tidak marah, malah tersenyum sambil berkata: “Mulai sekarang kalian (semua santri) tak payah lagi mengaji kepadaku. Cukup mengaji pada Ahmad Qusyairi.” Mendengar itu Kiyai Ahmad Qusyairi seakan tak percaya, dan sejak itu, para santri mengaji kepadanya. Di kemudian hari, beliau terkenal memiliki ilmu ladunni, di mana kemampuan ilmu didapatkan tanpa melalui proses belajar sebelumnya, tetapi kerana kemurahan Allah semata-mata.
Di antara kelebihan Kiyai Ahmad Qusyairi adalah kemampuannya menguasai berbagai bahasa selain bahasa ibundanya dan Bahasa Arab. Antara bahasa yang dikuasainya ialah Bahasa Belanda, Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun dan Bahasa Cina. Beliau juga dikenali sebagai penyair yang mahir membuat dengan spontan syair-syair berbahasa Arab. Antara karangan yang ditinggalkannya ialah sebuah nazam sufi yang berjumlah 312 bait diberi jodol “Tanwir al-Hija” berhubung ‘aqidah dan ibadah. Karangannya ini diberi perhatian oleh para ulama, bahkan Habib Alawi bin ‘Abbas al-Maliki, ayahanda Buya Dr. Habib Muhammad al-Maliki, telah memberikannya syarah yang panjang diberi jodol ” Inarat ad-Duja“. Dan kerana besarnya kecintaannya kepada Junjungan Nabi s.a.w. dan amalan bersholawat kepada baginda, maka selain mengamalkan “Dalailul Khairat“, beliau juga mempunyai himpunan sholawat yang dinamakannya “al-Wasiilatul Harriyyah fish Sholawaati ‘ala Khairil Bariyyah“.
Kiyai Ahmad Qusyairi gemar berkelana untuk berdakwah dan menyebarkan ilmu. Beliau juga berjaya membangun beberapa buah masjid di tempat-tempat yang dikunjunginya. Setelah berkahwin dengan puteri Kiyai Yaasin, maka tugas mengasuh Pesantren Salafiyah Pasuruan diserahkan kepadanya. Beliau meninggalkan dunia yang fana ini pada 22 Syawal 1392H / 28 November 1972M, dengan meninggalkan seramai 15 orang anak antaranya Syaikhunal Mukarram Kiyai ‘Abdur Rahman bin Ahmad Qusyairi hafizahUllah. Jenazah beliau dimakamkan di kawasan pemakaman belakang Masjid Jami` al-Anwar, Pasuruan. Mudah-mudahan Allah sentiasa membasahikan makamnya dengan siraman hujan rahmat dan kasih sayang. Al-Fatihah.
*******************************************************
Inilah Sholawat Shiddiqiyyah yang tertulis pada akhir halaman kitab “al-Wasiilatul Hariyyah” di mana ianya mengandungi permohonan, dengan berwasilahkan amalan sholawat ke atas Junjungan serta kehormatan Junjungan Nabi dan sahabat baginda Sayyidina Abu Bakar as-Shiddiq r.a., agar dianugerahkan teman yang baik, perjalanan yang aman, kelepasan dari segala kesulitan dan kepayahan.
Habib Ahmad Masyhur
Baqiyyatus Salaf wa Sayyidul Khalaf, Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad adalah seorang ulama, wali dan da`i dari keturunan Habib ‘Umar bin ‘Alawi al-Haddad yang merupakan adik bongsu kepada Habib Abdullah al-Haddad. Beliau dilahirkan sekitar tahun 1325H di Qaydun oleh seorang hababah sholehah lagi hafaz al-Quran iaitu Hababah Shofiyyah binti Thohir bin ‘Umar al-Haddad.
Habib Ahmad Masyhur telah mendapat didikan dan asuhan agama sedari kecil lagi. Beliau menimba ilmunya dari ibunya dan lain-lain ulama termasuklah belajar kepada pendiri Rubath Qaydun dua bersaudara iaitu Habib ‘Abdullah bin Thohir al-Haddad dan saudaranya Habib ‘Alwi bin Thohir al-Haddad. Di bawah dua ulama ini, Habib Ahmad mendalami lagi pengetahuan agamanya dalam bidang fiqh, tawhid, tasawwuf, tafsir dan hadis. Dalam usia muda, beliau telah hafal al-Quran dan menguasai berbagai lapangan ilmu agama sehingga diberi kepercayaan untuk mengajar pula di rubath tersebut. Habib Ahmad yang tidak pernah jemu menuntut ilmu turut menangguk ilmu di Rubath Tarim dengan para ulama yang mengajar di sana.Tatkala berusia awal 20-an, Habib Ahmad telah dibawa oleh gurunya Habib ‘Alwi bin Thohir al-Haddad ke Indonesia. Di sana selain berdakwah, beliau meneruskan pengajian dengan ramai lagi ulama di sana, antaranya dengan Habib ‘Abdullah bin Muhsin al-’Aththas, Habib ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad dan Habib Muhammad bin Ahmad al-Muhdhar.Sekitar tahun 1350H, Habib Ahmad berhijrah ke Afrika Timur untuk berdakwah dan menyebar risalah nendanya yang mulia, Junjungan Nabi s.a.w. Beliau menetap di Mombasa, Kenya, dan dari situlah beliau melancarkan dakwahnya ke seluruh pelosok benua Afrika. Pada tahun 1375H, beliau berhijrah pula ke Kampala, Uganda dan menetap di situ sekitar 13 tahun. Habib Ahmad dengan sungguh-sungguh dan gigih telah menghabiskan masanya untuk berdakwah menyeru umat kepada agama yang diredhai sehingga dikatakan sepanjang beliau berada di Afrika, puluhan ribu penduduk di sana, bahkan setengah mengatakan jumlah tersebut menjangkau ratusan ribu, yang memeluk agama Islam ditangannya. Di samping itu beliau turut mengorbankan harta bendanya untuk agama dengan membangunkan banyak masjid dan madrasah dalam rangka dakwahnya di sana.
Hari Rabu, 14 Rajab 1416H bersamaan 6 Disember 1995M, Habib Ahmad telah dipanggil kembali ke rahmatUllah di Jeddah. Setelah disembahyangkan di Jeddah dengan diimamkan oleh almarhum Habib Dr. Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani dengan kehadiran Habib ‘Abdul Qadir as-Saqqaf, jenazahnya yang mulia telah dibawa ke Makkah dan disholatkan sekali lagi di hadapan Ka’bah al-Musyarrafah sebelum dimakamkan di Jannatul Ma’la. Selain meninggalkan ribuan murid, Habib Ahmad turut meninggalkan beberapa karangan antaranya:
- Miftahul Jannah;
- Majmu` Fatawa;
- Syarh Nadzam Sa`id bin Nabhan;
- ad-Durratun Nafi`ah; dan
- as-Sabhatuts Tsaminah.
Di samping itu, beliau turut meninggalkan beberapa rangkaian ucapan sholawat yang indah dan penuh asrar dan keberkatan. Antara sholawat gubahan Habib Ahmad adalah satu sholawat yang menyebut penciptaan Junjungan Nabi s.a.w. daripada nur kepunyaan Allah, yang berbunyi:-
Wahai Allah, Tuhan sumber cahaya alam semesta
Limpahkan sholawat atas Junjungan yang Engkau cipta
Dari nur milikMu ciptaan indah tiada tara
Dan ampunilah aku serta sinarilah hatiku yang alpa
Dengan makrifatMu terang bercahaya
Juga dengan makrifatnya akan diriMu yang Maha Mulia
Atas keluarga serta sahabat baginda limpahkanlah sama
Limpahan sholawat dan salam sejahtera
Limpahkan sholawat atas Junjungan yang Engkau cipta
Dari nur milikMu ciptaan indah tiada tara
Dan ampunilah aku serta sinarilah hatiku yang alpa
Dengan makrifatMu terang bercahaya
Juga dengan makrifatnya akan diriMu yang Maha Mulia
Atas keluarga serta sahabat baginda limpahkanlah sama
Limpahan sholawat dan salam sejahtera
Akhirul kalam, dengarlah cuplikan ceramah Sidi Yahya Rhodus yang, antara lain, menceritakan bahawa Habib Ahmad Masyhur al-Haddad telah mengIslamkan 300,000 orang selama dakwahnya di Afrika Timur…Allahu ..Allah. Moga Allah sentiasa mencucuri rahmat dan keredhaanNya ke atas Habib Ahmad Masyhur bin Thaha al-Haddad serta para leluhurnya. Allahumma aamiin .. al-Fatihah.
******************************************
Sayyid Ja’far – Mufti Madinah (1)
Antara kitab mawlid yang paling masyhur dan paling terkenal di rantau kita ini dan juga di seantero dunia ialah kitab mawlid karangan Sayyidisy Syaikh Ja’far al-Barzanji rahimahUllah. Kitab mawlid karangan beliau itu dikenali dengan berbagai nama antaranya “‘Iqdul Jawhar fi Mawlidin Nabiyyil Azhar“, tetapi gelaran yang paling masyhur ialah “Mawlid al-Barzanji“. Malangnya ada orang muda zaman kita ini yang tergamak memperlekeh dan merendah-rendah kesarjanaan Sayyidisy Syaikh Ja’far al-Barzanji dan karya beliau tersebut. Mungkin penyakit ujub pada diri menyebabkan seseorang itu menjadi buta dalam menilai ketokohan ulama yang telah diterima umat dan dijadikan ikutan, manakala karyanya dibaca oleh ribuan dan jutaan umat dari dahulu sehingga kini. Bukan sahaja orang awam, para ulama umat ini turut membaca, meneliti, mentelaah dan mewiridkan karya Imam besar al-Barzanji ini. Tiada yang menyalahkannya, apatah lagi mensyirikkan dan mengkhurafatkannya.
Untuk peringatan hari ke-3 pemergian almarhum Tuan Guru Haji Wan Muhammad Shaghir bin Wan ‘AbdullahrahimahUllah dan sebagai satu upaya menyebarkan ilmu beliau, kunukilkan tulisan beliau berhubung Sayyid Ja’far al-Barzanji dan karya mawlidnya. Mudah-mudahan kalian dapat membacanya dengan teliti dan penuh keinsafan, biar tahu di mana kedudukan kita dan di mana pula Sidi Ja’far berada. Tulisannya ini terkandung dalam buku beliau yang berjodol “Penutup Perdebatan Islam Alaf Kedua Di Dunia Melayu”. Pada halaman 69 – 71, beliau rahimahUllah menulis, antara lain:-
….. Karyanya yang terkenal ialah Maulid al-Barzanjiatau Jawahir ‘Iqd atau ‘Iqd al-Jawahir dan nama yang lain ialah al-Burud yubaiyinul Murad. Kitab ini telah disyarah oleh ramai orang di antaranya ialah oleh Syeikh Nawawi al-Bantani yang diberi judul Madarijus Shu`ud ila Iktisa` al-Burud. Syarah yang lain pula diusahakan oleh Syeikh ‘Abdul Hamid bin Syeikh Muhammad ‘Ali Kudus yang diberi judul Maulidin Nabiyi s.a.w. ‘ala nasijil Barzanji. Kedua-duanya adalah ulama yang berasal dari Tanah Jawa, Indonesia. Kedua-dua syarah itu ditulis dalam Bahasa ‘Arab. Selain syarah, kitab Maulid al-Barzanji pula diterjemah ke dalam beberapa bahasa. Dalam Bahasa Melayu / Indonesia terdapat cukup banyak. Tidak perlu disebut lagi kerana telah disebutkan pada perbicaraan sebelum ini.Apabila kita jejaki keseluruhan datuk-nenek Saiyid Ja’far al-Barzanji hingga ke atas adalah terdiri dari ulama-ulama besar yang berjasa sebagai pengarang, pendidik atau penyebar agama Islam yang suci dan benar, yang tiada diragui oleh sekian ramai ulama. Bahkan nasabnya sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w.…….Saiyid Ja’far al-Barzanji penyusun Maulid al-Barzanji adalah seorang ulama Madinah dan beliau adalah seorang Mufti Mazhab Syafi`ie di Madinah al-Munawwarah………..Ulama – ulama besar yang telah diakui oleh ulama sedunia Islam demikian ramai adalah tidak mungkin untuk ditolak dengan propaganda palsu dan tidak berasas oleh orang-orang tertentu, tetapi adalah sebaliknya tokoh-tokoh yang menyalah-nyalahkan ulama itulah mesti ditolak, fatwa dan pendapat mereka tidak dapat diterimapakai.
Begitulah pesanan almarhum Tuan Guru kita, harap ikhwah dapat fahami dan jadikan panduan dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh fitnah dan pancaroba. Kepada golongan serpihan umat yang tidak sejalan dengan umat kebanyakan, maka pesanku hanya satu. Jika kamu boleh menolak fatwa mufti dan ulama kami, maka kami pun boleh menolak fatwa mufti dan ulama kamu. Jika ulama kami tidak maksum, maka begitulah juga ulama kamu. Oleh itu berlapanglah dada, biarlah bumi ini aman tanpa sebarang kekecohan isu-isu sepele, biar kami aman beramal dengan pegangan kami dan kami akan biarkan kamu aman dengan pegangan kamu. TAPI kalau kamu berani berlaku biadap dengan para Pewaris Nabi yang telah diakui umat ini, kami tidak akan berdiam diri.
عطر اللهم قبره الكريم * بعرف شذي من صلاة و تسليم
اللهم صل و سلم و بارك عليه و على اله و اصحابه
اللهم صل و سلم و بارك عليه و على اله و اصحابه