Sabtu, 28 Agustus 2010

Fatwa Mufti Selangor & Jabatan Mufti Selangor Perihal Akidah WAHABI

Fatwa Mufti Selangor & Jabatan Mufti Selangor Perihal Akidah WAHABI

Fatwa Mufti Selangor & Jabatan Mufti Selangor Perihal Akidah WAHABI


Nombor Rujukan Jabatan Mufti Selangor: ( 90 ) dlm.mufti.sel 500-1.Jld.3 Bertarikh 13 Ogos 2010 / 03 Ramadhan 1431. Jawapan Fatwa Adalah Seperti Berikut:
i- Kepercayaan Allah berjisim dan bersifat duduk bersila atau Allah bertempat adalah kepercayaan atau i’tiqad kaum MUSYABBIHAH (MUJASSIMAH). Dinamakan kaum musyabbih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhlukNya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Di antara i’tiqad sesat mereka yang bertentangan dengan i’tiqad Ahlusunnah Wal Jamaah ialah seperti berikut:
a. Allah bermuka dan bertangan.
b. Allah duduk bersila di atas arasy.
c. Allah berada di langit.
d. Allah bertubuh serupa nur.
I’tiqad seperti di atas adalah bertentangan dengan i’tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah lagi sesat dan menyesatkan kerana Allah tidak boleh sekali-kali diserupakan dengan makhluk (al-Syura ayat 11). I’tiqad ini membawa kepada syirik yang mengeluarkan seseorang daripada Islam.
ii- Amalan bertawassul sama ada dengan nabi atau orang soleh adalah diharuskan kerana pada hakikatnya mereka yang bertawassul itu beri’tiqad segala usaha ikhtiar dan doa yang dilakukan oleh manusia hanya Allah sahaja yang memperkenankannya. (al-Maidah 35)
Sekian, Wassalam.
“BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA”
Saya yang benar,
(MAT JAIS BIN KAMOS)
Pegawai Hal Ehwal islam (Istinbat)
b/p: Mufti Negeri Selangor