Sayyid Ja’far – Mufti Madinah (2)
Sayyid Ja’far bin Sayyid Hasan bin Sayyid ‘Abdul Karim bin Sayyid Muhammad bin Sayyid Rasul al-Barzanji adalah seorang ulama besar keturunan Junjungan Nabi s.a.w. dari keluarga Saadah al-Barzanji yang masyhur berasal dari Barzanj di Iraq. Beliau dilahirkan di Kota Madinah al-Munawwarah pada tahun 1126H. Segala usul Sayyid Ja’far semuanya merupakan ulama terkemuka yang terkenal dengan ilmu dan amal, keutamaan dan kesholehan. Habib Prof. Dr. Muhammad bin ‘Alwi bin ‘Abbas al-Maliki (jika ada orang berbangga-bangga dengan gelar Dr.nya dalam bidang hadits, maka aku nyatakan bahawa al-Habib Muhammad al-Maliki ini juga telah meraih gelar Dukturahnya dalam bidang hadits pada usianya 25 tahun dari Harvard dan Oxfordnya dunia Islam iaitu Universiti al-Azhar asy-Syarif, oleh itu jika kamu berbangga-bangga dengan kesarjanaan versi dukturah ini, maka simpanlah dulu Dr. kamu tu dalam poket) dalam “Haul Ihtifaal bi dzikra al-Mawlid an-Nabawi asy-Syarif” menulis pada halaman 99 :-
Al-’Allaamah al-Muhaddits al-Musnid as-Sayyid Ja’far bin Hasan bin ‘Abdul Karim al-Barzanji adalah MUFTI ASY-SYAFI`IYYAH di Kota Madinah al-Munawwarah. Telah berlaku perselisihan tentang tarikh kewafatannya, di mana sebahagiannya menyebut yang beliau meninggal pada tahun 1177H. Imam az-Zubaidi dalam “al-Mu’jam al-Mukhtash” menulis bahawa beliau wafat tahun1184H, di mana Imam az-Zubaidi pernah berjumpa dengan beliau dan menghadiri majlis pengajiannya di Masjid Nabawi yang mulia. Beliau adalah pengarang kitab mawlid yang masyhur dan terkenal dengan nama “Mawlid al-Barzanji“. Sebahagian ulama menyatakan bahawa nama karangannya tersebut sebagai “I’qdul Jawhar fi mawlid an-Nabiyyil Azhar“. Mawlid karangan beliau ini adalah di antara kitab mawlid yang paling tersohor dan paling luas tersebar ke pelosok negeri ‘Arab dan Islam, baik di Timur maupun di Barat. Bahkan ramai kalangan ‘Arab dan ‘Ajam yang menghafalnya dan mereka membacanya dalam perhimpunan-perhimpunan agama yang munasabah. Kandungannya merupakan khulaashah (ringkasan) sirah nabawiyyah yang meliputi kisah lahir baginda, perutusan baginda sebagai rasul, hijrah, akhlak, peperangan sehingga kewafatan baginda…………….Kitab “Mawlid al-Barzanji” ini telah disyarahkan oleh al-’Allaamah al-Faqih asy-Syaikh Abu ‘Abdullah Muhammad bin Ahmad yang terkenal dengan panggilan Ba`ilisy yang wafat tahun 1299H dengan satu syarah yang memadai, cukup elok dan bermanfaat yang dinamakan “al-Qawl al-Munji ‘ala Mawlid al-Barzanji” yang telah banyak kali diulang cetaknya di Mesir.
Ikhwah lihat, bagaimana Habib Muhammad menyatakan bahawa Sayyid Ja’far adalah seorang ‘allaamah, seorang muhaddits lagi musnid yang menjadi sanad dan sandaran umat. Jadi bagaimana kita tergamak membuka mulut kita dan menggerakkan lidah kita yang tidak bertulang untuk mencemoh dan merendah-rendahkan pribadi seperti Sayyid Ja’far, Mufti Syafi`iyyah di Kota Madinah. Allahu … Allah.
Sebagaimana dinyatakan oleh Buya al-Maliki di atas, mawlid Sidi Ja’far al-Barzanji ini telah disyarahkan pula oleh para ulama kenamaan umat ini. Antara yang masyhur mensyarahkannya ialah Syaikh Muhammad bin Ahmad ‘Ilyisy al-Maaliki al-’Asy’ari asy-Syadzili al-Azhari yang mengarang kitab “al-Qawl al-Munji ‘ala Mawlid al-Barzanji“. Beliau ini adalah seorang ulama besar keluaran al-Azhar asy-Syarif, bermazhab Maliki lagi Asy`ari dan menjalankan Thoriqah asy-Syadziliyyah. Beliau lahir pada tahun 1217H (1802M) dan wafat pada tahun 1299H (1882M). Beliau bukanlah calang-calang ulama pula, ketinggian ilmunya dapat dilihat dalam kitab-kitab karangannya yang bernilai tinggi, antaranya : “Hidaayatul Muriid li ‘Aqiidati Ahlit Tauhiid“, “Syarah al-’Aqaa-idul Kubra lis Sanusi“, “Haasyiah ‘ala Syarhish Shoghir lid-Dardiir“, “Minhul Jaliil ‘ala Mukhtashar Khaliil” dan “Hidaayatus Saalik ila Aqrabil Masaalik fi Furu`il Fiqhil Maaliki“.
Selain Syaikh Ba`ilisy, ulama kita kelahiran Banten, Pulau Jawa, yang terkenal sebagai ulama dan penulis yang produktif dengan banyak karangannya. Sayyidul ‘Ulama-il Hijaz, an-Nawawi ats-Tsani, Syaikh Muhammad Nawawi al-Bantani al-Jawi turut menulis syarah yang lathifah bagi “Mawlid al-Barzanji” dan karangannya itu dinamakannya “Madaarijush Shu`uud ila Iktisaa-il Buruud“. Manakala, seorang keturunan Sayyid Ja’far al-Barzanji yang mempunyai nama yang sama dengan beliau, iaitu Sayyid Ja’far bin Sayyid Isma`il bin Sayyid Zainal ‘Abidin bin Sayyid Muhammad al-Hadi bin Sayyid Zain yang merupakan suami kepada satu-satunya anak Sayyid Ja’far al-Barzanji, telah juga menulis syarah bagi “Mawlid al-Barzanji” tersebut yang dinamakannya “al-Kawkabul Anwar ‘ala ‘Iqdil Jawhar fi Mawlidin Nabiyil Azhar“. Sayyid Ja’far ini juga adalah seorang ulama besar keluaran al-Azhar asy-Syarif. Beliau juga merupakan seorang Mufti Syafi`iyyah. Karangan-karangan beliau banyak, antaranya: “Syawaahidul Ghufraan ‘ala Jaliyal Ahzan fi Fadhaa-il Ramadhan“, “Mashaabiihul Ghurar ‘ala Jaliyal Kadar” dan “Taajul Ibtihaaj ‘ala Dhau-il Wahhaaj fi Israa` wal Mi’raaj“. Beliau juga telah menulis sebuah manaqib yang menceritakan perjalanan hidup dan ketinggian nendanya Sayyid Ja’far al-Barzanji dengan jodol “ar-Raudhul A’thar fi Manaqib as-Sayyid Ja’far“. Allahu … Allah, dunia Islam kaya dengan khazanah keilmuan. Luas melaut ilmu para ulama kita. Cuma kail kita yang panjang sejengkal tak mampu menduga kedalaman lautan tersebut… Allahu…Allah. Oleh itu, janganlah jadi seumpama “katak di bawah tempurung” atau dalam shighah Mr. Sammy – “tempurung atas katak”, hanya kenal sorang dua ulama terus menyerang dan menghukum orang lain yang tidak sefaham. Kepada yang merasakan Mufti Sidi Ja’far al-Barzanji hanya seorang lelaki seperti dirinya atau beranggapan dia mufti, aku pun mufti, eloklah cari kitab-kitab tersebut dan kaji pribadi dan sejarah hidup Sidi Ja’far al-Barzanji yang mawlid karangannya telah lumrah jadi bahan bacaan dan amalan umat ini. Lepas tu cari cermin tengok muka sendiri dan buat perbandingan.
Berbalik kepada Sidi Ja’far al-Barzanji, selain dipandang sebagai mufti, beliau juga menjadi khatib di Masjid Nabawi dan mengajar di dalam masjid yang mulia tersebut. Beliau terkenal bukan sahaja kerana ilmu, akhlak dan taqwanya, tapi juga dengan kekeramatan dan kemakbulan doanya. Penduduk Madinah sering meminta beliau berdoa untuk hujan pada musim-musim kemarau. Diceritakan bahawa satu ketika di musim kemarau, sedang beliau sedang menyampaikan khutbah Jumaatnya, seseorang telah meminta beliau beristisqa` memohon hujan. Maka dalam khutbahnya itu beliau pun berdoa memohon hujan, dengan serta merta doanya terkabul dan hujan terus turun dengan lebatnya sehingga seminggu, persis sebagaimana yang pernah berlaku pada zaman Junjungan Nabi s.a.w. dahulu. Menyaksikan peristiwa tersebut, maka sebahagian ulama pada zaman itu telah memuji beliau dengan bait-bait syair yang berbunyi:-
سقى الفروق بالعباس قدما * و نحن بجعفر غيثا سقينا
فذاك و سيلة لهم و هذا * وسيلتنا إمام العارفينا
فذاك و سيلة لهم و هذا * وسيلتنا إمام العارفينا
Dahulu al-Faruuq dengan al-’Abbas beristisqa` memohon hujan
Dan kami dengan Ja’far pula beristisqa` memohon hujan
Maka yang demikian itu wasilah mereka kepada Tuhan
Dan ini wasilah kami seorang Imam yang ‘aarifin
Dan kami dengan Ja’far pula beristisqa` memohon hujan
Maka yang demikian itu wasilah mereka kepada Tuhan
Dan ini wasilah kami seorang Imam yang ‘aarifin
Sidi Ja’far al-Barzanji wafat di Kota Madinah dan dimakamkan di Jannatul Baqi`, sebelah bawah maqam nenda-nenda beliau dari kalangan anak-anak perempuan Junjungan Nabi s.a.w. Allahu … Allah. Bertuah sungguh Sayyid Ja’far. Karangannya membawa umat ingatkan Junjungan Nabi s.a.w., membawa umat kasihkan Junjungan Nabi s.a.w., membawa umat rindukan Junjungan Nabi s.a.w. Setiap kali karangannya dibaca, pasti sholawat dan salam dilantunkan buat Junjungan Nabi s.a.w. Juga umat tidak lupa mendoakan Sayyid Ja’far yang telah berjasa menyebarkan keharuman pribadi dan sirah kehidupan makhluk termulia keturunan Adnan. Allahu … Allah.
اللهم اغفر لناسج هذه البرود المحبرة المولدية
سيدنا جعفر من إلى البرزنج نسبته و منتماه
و حقق له الفوز بقربك و الرجاء و الأمنية
و اجعل مع المقربين مقيله و سكناه
و استرله عيبه و عجزه و حصره و عيه
و كاتبها و قارئها و من اصاخ إليه سمعه و اصغاه
سيدنا جعفر من إلى البرزنج نسبته و منتماه
و حقق له الفوز بقربك و الرجاء و الأمنية
و اجعل مع المقربين مقيله و سكناه
و استرله عيبه و عجزه و حصره و عيه
و كاتبها و قارئها و من اصاخ إليه سمعه و اصغاه
Ya Allah ampunkan pengarang jalinan mawlid indah nyata
Sayyidina Ja’far kepada Barzanj ternisbah dirinya
Kejayaan berdamping denganMu hasilkan baginya
Juga kabul segala harapan dan cita-cita
Jadikanlah dia bersama muqarrabin berkediaman dalam syurga
Tutupkan segala keaiban dan kelemahannya
Segala kekurangan dan kekeliruannya
Seumpamanya Ya Allah harap dikurnia juga
Bagi penulis, pembaca serta pendengarnyaو صلى الله على سيدنا محمد و على اله و صحبه و سلم
و الحمد لله رب العالمين
Sayyidina Ja’far kepada Barzanj ternisbah dirinya
Kejayaan berdamping denganMu hasilkan baginya
Juga kabul segala harapan dan cita-cita
Jadikanlah dia bersama muqarrabin berkediaman dalam syurga
Tutupkan segala keaiban dan kelemahannya
Segala kekurangan dan kekeliruannya
Seumpamanya Ya Allah harap dikurnia juga
Bagi penulis, pembaca serta pendengarnyaو صلى الله على سيدنا محمد و على اله و صحبه و سلم
و الحمد لله رب العالمين
Alwi Yang Pertama
Nama “‘Alwi” atau “‘Alawi” amat masyhur di kalangan para habaib terutama yang berketurunan Imam al-Muhajir r.a. Tersebut dalam “Syarhul ‘Ayniyyah” karya as-Sayyid asy-Syarif al-’Aliy al-Muniif al-’Allaamah al-Habib Ahmad bin Zain al-Habsyi Ba ‘Alawi yang mensyarahkan qasidah guru beliau Imam al-Haddad dinyatakan bahawa keturunan Rasulullah s.a.w. yang pertama diberi nama ‘Alwi @ ‘Alawi adalah cucu Imam Ahmad al-Muhajir yang pertama dilahirkan di Hadhramaut iaitu al-Imam as-Sayyid ‘Alwi bin Ubaidillah bin Ahmad al-Muhajir. Daripada beliau inilah turun segala zuriat para habaib ‘Alawiyyin @ Bani ‘Alawi yang masyhur zaman berzaman. Maka kepada beliau inilah keluarga Junjungan Nabi s.a.w. keturunan Imam Husain r.a. dari jalur Imam ‘Ali al-’Uraidhi dinisbahkan sebagai Aali Ba ‘Alawi (keluarga Ba ‘Alawi) atau ‘Alawiyyin. Keturunan mulia yang amat berjasa dalam dakwah dan penyebaran Islam. Rumpun bangsa Melayu di Nusantara amat bertuah kerana Allah s.w.t. telah menjadikan Islamnya leluhur kita atas tangan para habaib yang mulia ini.Pada tahun 1962 di Pasuruan, Jawa Timur, yang terkenal sebagai Kota Santri telah diadakan satu pertemuan dan musyawarah yang dihadiri oleh 165 ulama besar Indonesia ketika itu yang membahaskan antara lain mengenai kemasukan Islam ke Indonesia. Antara kesimpulan yang diperolehi hasil musyawarah tersebut dinyatakan sebagai berikut:-
Kami atas nama Majlis Musyawarah menyampaikan bahwa Majlis Musyawarah dalam pertemuannya yang ketiga pada 8 Dzulhijjah 1382H bertepatan dengan 20 April 1962 yang dihadiri sekitar 165 ulama, setelah mendengarkan, membahas dan mencari bukti-bukti tentang hal tersebut di atas memutuskan bahwa yang pertama memasukkan Islam ke Indonesia adalah para Syarif ‘Alawiyyin dari Hadhramaut yang bermadzhab Syafi`i.
Selain mensifatkan Imam ‘Alwi bin ‘Ubaidillah dengan ilmu, warak, tawadhu, dermawan, tinggi budi pekerti dan berbagai sifat kepujian, penting juga untuk kita beri perhatian bahawa Habib Ahmad bin Zain al-Habsyi dalam kitabnya tersebut dengan tegas menyatakan yang Imam ‘Awli bin ‘Ubaidillah adalah seorang SUNNI SYAFI`I (SUNNIYYAN SYAAFI`IYYAN). Maka kenapa sekarang ada yang mengaku keturunan beliau tetapi menyalahi i’tiqad pegangan beliau, bahkan cuba metasywisykan umat dengan menimbulkan isu “mazhab Ahlil Bait” yang digambarkan sebagai berseberangan dengan Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Oleh itu, sempena bulan yang mubarak ini, aku mengingatkan diriku yang faqir lagi haqir ini agar tetap istiqamah atas jalan para ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah yang melazimi salah satu mazhab dari mazhab empat yang muktabar. Pegangan i’tiqad yang jazam lagi muwafaqah dengan yang sebenarnya iaitu Ahlus Sunnah wal Jama`ah, adalah maha penting kerana atas dasar inilah amalan yang makbul dibina. Mudah-mudahan Allah sentiasa menetapkan kita atas pegangan para salafus sholeh terdahulu yang disampaikan kepada kita melalui wasitah para ulama khalaf yang merupakan murid, pengikut dan khalifahnya para salaf terdahulu. Sungguh mata rantai para ulama Islam tidak pernah terputus, berbeda dengan agama-agama samawi selainnya. Binasalah orang yang cuba membeza-bezakan antara para ulama salaf dan ulama khalaf sehingga menimbulkan waham seolah-olah kedua-dua pihak itu saling bertentangan. Sungguh tiada pada khalaf melainkan ajaran salaf.
Habib Ja’far as-Saqqaf
Beliau adalah Habib Ja’far bin Syaikhan bin ‘Ali bin Hasyim bin Syeikh bin Muhammad bin Hasyim as-Saqqaf, manakala bondanya pula ialah seorang wanita sholehah, Ruqayyah binti Muhammad Manqusy. Dilahirkan di kota Ghurfah, Hadramaut pada tahun 1298 H. Sebagaimana kebanyakan para Salaf Bani Alawi, semenjak kecil beliau mendapat pendidikan langsung dari ayahandanya. Selain beliau menuntut ilmu kepada ayahnya, beliau juga mengambil ilmu dari ulama-ulama besar zamannya, diantaranya: Habib ‘Aidrus bin ‘Umar al-Habsyi (pengarang ‘Iqdul Yawaaqit), Habib ‘Ali bin Muhammad al-Habsyi (shohibul Simthud Durar), Habib Ahmad bin Hasan al-Aththas, Habib Husain bin Muhammad al-Habsyi (Mufti Syafi`i Haramain) dan Habib Muhammad bin Salim as-Sary dan Habib Muhammad bin Ahmad al-Muhdhor.
Dalam usia 40 tahun iaitu tahun 1338H, beliau berhijrah ke Indonesia. Mulanya beliau menetap di Surabaya sebelum berpindah ke kota santri Pasuruan. Habib Ja’far menghabiskan usianya untuk ibadah dan dakwah dengan bijaksana dan akhlak yang mulia. Beliau terkenal sebagai hafiz dan mufassir al-Quran yang hebat sehingga guru beliau, Habib Muhammad bin Ahmad al-Muhdhor memberikan gelar “al-Quran berjalan” bagi beliau, di mana sering tatkala bertemu dengan Habib Ja’far, gurunya tersebut akan berkata: “Ahlan bil Quran wa ahlan bi ahlil Quran”. Bahkan gurunya tersebut sering menyerahkan tugas menjadi imam kepada beliau kerana dalam bacaannya amat elok menurut hukum tajwid serta penuh kekhusyukan. Kekhusyukan dan kehadiran hati beliau ini meliputi para makmum sehingga mereka turut merasa kenikmatan khusyuk dan hudhur. Habib ‘Alwi bin ‘Ali al-Habsyi pernah berkata: “Ketika mendengar bacaan Habib Ja’far, aku mengikuti pendapat yang mengatakan bahawa membaca al-Fatihah di belakang imam dalam shalat jahriyyah tidak wajib kerana hudhur yang kurasakan dari bacaannya.” Sehingga dikatakan juga oleh yang lain bahawa: “Kalau Habib Ja’far membaca al-Quran, maka setiap huruf yang beliau ucapkan itu seakan-akan berbentuk.“Selain dakwah keliling, beliau membuka majlis ta’lim dan majlis rohah di Pasuruan dengan dihadiri oleh ramai santri yang terdiri dari kalangan para ulama. Antara ulama yang melazimi majlisnya ialah Kiyai Haji Abdul Hamid bin ‘Abdullah bin ‘Umar BaSyaiban dan Kiyai Mas Imam bin Thohir.Habib Ja’far sangat teguh menjaga ajaran leluhurnya para salafush sholeh Bani ‘Alawi yang mulia. Beliau beramal sesuai amal mereka dan berakhlak persis akhlak mereka. Beliau juga setekun para leluhurnya dalam melaksanakan amal-ibadah, selalu bertaqarrub kepada Allah dengan melakukan berbagai kesholehan. Antara wiridannya setiap hari ialah mengkhatamkan kitab suci al-Quran dan memperbanyakkan sholawat atas Junjungan s.a.w. Malamnya indah dihiasi qiyamul lail dan menyendiri di tempat khusus untuk bermunajat dan bertaqarrub. Beliau juga terkenal amat memuliakan para tetamunya, sehingga urusan melayani para tetamunya dijalankan sendiri oleh beliau. Beliau sendirilah yang menuangkan minuman buat si tamu dan beliau menolak jika ada orang lain yang hendak menggantikannya. Pernah satu ketika salah seorang tetamunya menyarankan agar beliau membiarkan orang lain untuk menuangkan minuman kepada para tetamunya dengan katanya: “Jangan engkau sendiri yang melakukannya.” Beliau spontan menjawab: “Apakah di hari kiamat kelak, ketika Rasulullah s.a.w. memberi manusia minum dari telaga Kautsar dengan tangan baginda sendiri, kau akan berkata kepada beliau:”Jangan engkau sendiri yang melakukannya.” …. Allahu … Allah, mudah-mudahan kita dapat meneguk minuman telaga Kautsar dari tangan baginda yang mulia. Sungguh memuliakan tetamu itu sebahagian daripada keimanan, dan berhati-hatilah kita tatkala melayani para tetamu kita, jangan sampai kita menjadikan tetamu kita tersebut sebagai pelayan kita. Ingat sabdaan Junjungan Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam ad-Dailami:
سخافة بالمرء أن يستخدم ضيفه
“Bodohlah orang yang menjadikan tetamunya sebagai khadam (yakni tetamu pula yang jadi sibuk melayan tuan rumah dan bukan sebaliknya)”.
Kehidupan berputar terus dan Habib Ja’far selalu mengisinya dengan kebaikan dan kebajikan. Sampai pada suatu saat dimana Allah hendak memanggilnya, maka berpulanglah beliau menuju mardhotillah pada hari Isnin, tanggal 14 Jumadil Akhir 1374 H dalam usia 76 tahun. Berita kewafatannya tersebar ke seluruh pelusuk dan penziarah tidak putus-putus berdatangan sehingga pemakaman beliau terpaksa diakhirkan sehingga ke petang Selasa. Jasad beliau lalu disemayamkan di tepi Masjid Jami` al-Anwar, Pasuruan, berdampingan dengan maqam Habib Hadi bin Shodiq Bin Syaikh Abu Bakar. Mudah-mudahan Allah meredhai beliau dan mengumpulkan beliau bersama para leluhurnya yang sholeh. Allahumma aamiin ….. al-Fatihah.
Imam Taqiyuddin al-Hishni
“Kifayatul Akhyar” adalah sebuah kitab fiqh mazhab Syafi`i yang amat masyhur. Ianya telah berulang kali dicetak dan tersebar ke segenap penjuru dunia Islam. Pengarangnya adalah Imam Abu Bakar bin Muhammad bin ‘Abdul Mu’min bin Hariz bin Mu`alla bin Musa bin Hariz bin Sa`id bin Dawud bin Qaasim bin ‘Ali bin ‘Alawi bin Naasyib bin Jawhar bin ‘Ali bin Abi al-Qaasim bin Saalim bin ‘Abdullah bin ‘Umar bin Musa bin Yahya bin ‘Ali al-Ashghar bin Muhammad at-Taqiy bin Hasan al-’Askari bin ‘Ali al-’Askari bin Muhammad al-Jawaad bin ‘Ali ar-Ridha bin Musa al-Kaadhzim bin Ja’far ash-Shoodiq bin Muhammad al-Baaqir bin Zainal ‘Abidin ‘Ali bin al-Husain bin ‘Ali bin ‘Abi Tholib at-Taqiy al-Husaini al-Hishni. Beliau yang lebih dikenali sebagai Imam at-Taqiy @ Taqiyuddin al-Hishni adalah seorang ulama besar dan ahli sufi bermazhab Syafi`i serta berpegang dengan i’tiqad Imam Abul Hasan ‘Ali al-Asy’ari. Seorang yang zahid dan sentiasa menyeru ke arah ma’ruf dan mencegah kemungkaran tanpa takutkan sesiapa hatta para pemerintah dan penguasa.Beliau dilahirkan dalam tahun 752H di Kota al-Hishn dalam negeri Syam kemudian berpindah ke Kota Dimasq di mana beliau meneruskan pengajiannya. Di antara guru-gurunya ialah:-
- Syaikh Abul ‘Abbas Najmuddin Ahmad bin ‘Utsman bin ‘Isa al-Jaabi;
- Syaikh Syamsuddin Muhammad bin Sulaiman ash-Sharkhadi;
- Syaikh Syarafuddin Mahmud bin Muhammad bin Ahmad al-Bakri;
- Syaikh Syihaabuddin Ahmad bin Sholeh az-Zuhri;
- Syaikh Badruddin Muhammad bin Ahmad bin ‘Isa;
- Syaikh Syarafuddin ‘Isa bin ‘Utsman bin ‘Isa al-Ghazi;
- Syaikh Shadruddin Sulaiman bin Yusuf al-Yaasufi.
Beliau juga mempunyai karya-karya besar dan bernilai tinggi dalam berbagai lapangan. Antaranya:-
- Daf’u Syubahi Man Syabbaha Wa Tamarrada Wa Nasaba Dzalika Ila asy-Sayyid al-Jalil al-Imam Ahmad;
- Syarah Asmaullah al-Husna;
- At-Tafsir;
- Syarah Shohih Muslim (3 jilid);
- Syarah al-Arbain an-Nawawi;
- Ta’liq Ahadits al-Ihya;
- Syarah Tanbih (5 jilid);
- Kifayatul Akhyar;
- Syarah an-Nihayah;
- Talkhish al-Muhimmaat (2 jilid);
- Syarah al-Hidayah;
- Adab al-Akl wa asy-Syarab;
- Kitab al-Qawaa`id;
- Tanbihus Saalik;
- Qami`un Nufuus;
- Siyarus Saalik;
- Siyarush Sholihaat;
- Al-Asbaabul Muhlikaat;
- Ahwal al-Qubur;
- al-Mawlid.
Beliau terkenal bukan sahaja kerana ketinggian ilmunya, bahkan kerana kewaliannya. Berbagai karamah telah berlaku ke atas beliau. Antaranya pernah diceritakan bahawa sewaktu para mujahidin berperang di Cyprus, maka beliau telah dilihat berjuang bersama-sama para mujahid tersebut sehingga mereka memperolehi kemenangan. Apabila para pejuang tersebut menceritakan hal tersebut kepada murid-murid beliau, maka murid-murid tersebut menyatakan bahawa beliau sentiasa bersama mereka di Dimasq dan tidak pergi ke mana-mana. Begitu juga beliau sering dijumpai berada di Makkah dan Madinah mengerjakan haji sedangkan pada masa yang sama beliau tetap berada di Dimasqh. Beberapa keramatnya telah disebut oleh Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani dalam “Jaami` Karaamaatil Awliya`” juz 1 halaman 621- 622.
Beliau wafat pada tahun 829H dan dikebumikan di Dimasq. Mudah-mudahan Allah sentiasa mencucurkan rahmatNya dan kasih-sayangNya kepada beliau yang telah menghabiskan umurnya untuk mengabdi kepadaNya serta menyebar luas ilmu agama. ….. al-Fatihah.
Hadis az-Zanjaani
Siapa yang tidak kenal dengan Imam as-Sayuthi ? Beliau yang hidup sekitar 849H – 911H, adalah seorang ulama besar yang menguasai berbagai cabang ilmu pengetahuan termasuklah ilmu hadis serta mustholah dan ilmu rijal serta jarh wa ta’dil. Karangan-karangan beliau cukup banyak sehingga menjangkau lebih-kurang 981 buah karya yang bernilai tinggi, menjadi rujukan para santri zaman berzaman. Nama lengkapnya ialah `Abdur Rahman bin Kamaluddin Abu Bakr bin Muhammad bin Saabiquddin. Beliau terkenal dengan gelaran Jalaluddin as-Sayuthi al-Mishri asy-Syafi`i al-Asy`ari. Biografinya telah dikenali ramai dan sungguh beliau adalah hujjah bagi kita.
Dalam kitabnya yang berjodol “Syarhu ash-Shuduur bi syarhi haali al mawtaa wa al-qubuur” pada “Bab fi qiraati al-Quran lil mayyiti aw ‘ala al-qabr” halaman 405 menukilkan satu hadis yang dikeluarkan oleh Imam Abul Qaasim Sa`ad bin ‘Ali az-Zanjani rahimahUllah dalam kitab “Fawaaid“nya. Hadis tersebut berbunyi:-
“Sesiapa yang memasuki kawasan perkuburan, lalu membaca al-Fatihah, al-Ikhlas dan at-Takaatsur, kemudian berdoa: “Ya Allah, sesungguhnya telah aku jadikan pahala apa-apa yang telah aku baca dari kalamMu buat para penghuni kubur ini yang beriman baik lelaki maupun perempuan,” maka jadilah mereka tersebut pemberi syafaat baginya di sisi Allah ta`ala.”
Jika sekiranya Imam as-Sayuthi beranggapan bahawa hadis tersebut adalah palsu, maka sewajarnya beliau tidak menukilkannya dalam karyanya tersebut tanpa menerangkan statusnya sebagai palsu. Nampaknya hal ini tidak berlaku, jadi jelas bahawa Imam as-Sayuthi berpendapat bahawa hadis tersebut kalaupun bukan sahih tetapi ianya tidaklah palsu di sisi beliau. Faqih al-’Allaamah Habib Zain bin Ibrahim Bin Sumaith @ Habib Zainal ‘Abidin al-’Alawi, juga telah menukilkan hadis di atas daripada karangan Imam as-Sayuthi tersebut dalam karyanya “al-Ajwibah al-Ghaaliyah fi ‘aqiidah al-firqah an-naajiyah” pada halaman 111 – 112. Komentar beliau mengenai hadis ini ialah:- Hadis yang tersebut dan yang seerti dengannya, jika pun berdarjat dhaif, maka para ahli hadis telah menegaskan bahawasanya boleh beramal dengan hadis-hadis dhaif dalam perkara-perkara fadhoilul a’maal, dan yang sedemikian itu adalah daripadanya (yakni perkara membaca al-Quran buat si mati adalah sebahagian dari perkara fadhoilul a’maal).
Oleh itu, adalah tidak bijak bagi seseorang yang mengaku dirinya “sarjana” untuk menyalahkan, apatah lagi menyesatkan orang lain yang tidak sefaham dengannya dalam perkara khilafiyyah. Jika sarjana tersebut berpegang dengan imamnya yang menyatakan hadis tersebut sebagai mawdhu` @ palsu, maka kami katakan bahawa ahli hadis lain tidak sependapat dengannya. Jika si sarjana tersebut berhak berpegang dan beramal dengan pendapatnya, maka kenapa pula kami tidak berhak untuk berpegang dan beramal dengan apa yang kami yakini? Kenapa si sarjana tersebut beriya-iya hendak menghukum sesat dalam perkara khilafiyyah yang mempunyai sandaran di sisi para ulama, bahkan menjadi amalan zaman-berzaman dari kalangan ulama sehinggalah kalangan awam.
Akhirul kalam, sebagai penutup elok rasanya kita ketahui serba – sedikit mengenai Imam Abul Qaasim az-Zanjaani ini. Untuk itu ikhwah bolehlah buat rujukan kepada “Siyar A’laam an-Nubalaa`” karya Imam Syamsuddin Muhammad bin Ahmad bin ‘Utsman adz-Dzahabi. Imam adz-Dzahabi dalam juzuk 18 mulai halaman 385 kitabnya tersebut, menyebut ulama kelahiran tahun 380H ini seperti berikut:-
Imam panutan, al-’Allaamah (seorang ulama yang benar-benar ‘alim), al-Hafidz, al-Qudwah (Pimpinan yang dikuti umat) al-’Aabid (ahli ibadat), Syaikhul Haram (Syaikhnya Tanah Haram (Makkah), Abu al-Qaasim, Sa`ad bin ‘ALi bin Muhammad bin ‘Ali bin al-Husain, az-Zanjaani, ash-Shufi.
Allahu …. Allah, itu gelaran yang diberikan oleh Imam adz-Dzahabi kepada beliau, bukan sekadar predikat Dr. dari (with due respect) UKM. Imam adz-Dzahabi juga menukilkan kalam beberapa ulama yang memuji Imam Abul Qaasim az-Zanjaani, antaranya perkataan Abu Sa`ad yang menyatakan bahwa Sa`ad az-Zanjaani ini adalah seorang hafidz yang mutqin (teliti dan mendalam ilmu), seorang yang tsiqah, warak, banyak beribadah serta mempunyai tanda-tanda kekeramatan dan kemuliaan. Apabila beliau keluar ke Masjidil Haram, maka orang (kerana hormat kepadanya) akan mengosongkan tempat tawaf (untuk memudahkan beliau bertawaf) dan mereka lebih banyak mencium tangannya berbandingkan hajar al-aswad. Allahu … Allah…. kemuliaan apa ini…… bisyarah baginya insya-Allah.
Ibnu Tahir pula menyebut bahawa dia tidak pernah melihat seseorang yang seumpamanya (yakni Abul Qaasim az-Zanjaani). Bahkan dia mendengar Abu Ishak al-Habaal berkata: “Belum pernah ada di dunia ini orang yang memiliki kelebihan seperti Sa`ad bin ‘Ali”. Disebut juga bahawa al-Faqih Hayyaaj bin ‘Ubaid yang menjadi Imam Masjidil Haram dan muftinya yang antara amalannya ialah berumrah 3 kali setiap hari berkata: “Hari yang aku tidak melihat Sa`ad padanya, tidaklah kukira yang aku telah melakukan kebajikan pada hari tersebut“.
Itulah antara pujian ulama terhadap beliau, justru janganlah kita bermudah-mudah untuk menghukum para ulama kita ini sebagai periwayat hadis palsu yang diancam dengan neraka oleh Junjungan Nabi s.a.w. Al-Fatihah buat sekalian ulama kita dengan harapan agar Allah memberikan sebaik-baik balasan terhadap segala amal dan jasa mereka buat umat ini. Yang tak sewaktu dengan kami berhubung hadiah pahala bacaan kepada si mati, bolehlah berdoa sahaja. Jangan marah-marah, berlapang dadalah sesama umat, sementelah lagi terhadap golongan majoriti.
Kiyai Kholil Bangkalan
Ulama besar yang digelar oleh para kiyai sebagai “syaikhuna” yakni guru kami, kerna kebanyakan kiyai-kiyai dan pengasas pondok pesantren di Jawa dan Madura pernah belajar dan nyantri dengan beliau. Pribadi yang dimaksudkan ialah Kiyai Kholil bin Kiyai ‘Abdul Lathif bin Kiyai Hamim bin Kiyai ‘Abdul Karim bin Kiyai Muharram bin Kiyai Asral Karamah bin Kiyai ‘Abdullah bin Sayyid Sulaiman yang merupakan cucu kepada Sunan Gunung Jati. Kiyai Kholil dilahirkan pada hari Selasa, 11 Jamadil Akhir 1235 di Bangkalan, Madura.
Dari kecil, kecintaannya kepada ilmu telah terserlah. Selain menghafal al-Quran, beliau sejak kecil telah hafal 1000 bait nazam Alfiyyah Ibnu Malik. Bahkan, beliau amat menitik beratkan pelajaran nahwu sehingga santri-santri beliau tidak akan dibenarkan menamatkan pengajian dan pulang ke kampung jika belum hafal Alfiyyah. Justru, setiap santri yang mohon untuk pulang, terlebih dahulu diuji hafalan Alfiyyahnya, jika belum hafal maka jangan harap diizinkan pulang. Begitulah penekanan yang beliau berikan kepada ilmu nahwu yang merupakan antara ilmu alat yang terpenting. Kelemahan dalam ilmu ini akan membawa kepada lemahnya memahami kitab-kitab para ulama terdahulu, maka wajar sekali jika Embah Kholil memberikan penekanan terhadap ilmu ini.
Selain ilmu nahwu, beliau turut menguasai ilmu fiqh terutama sekali fiqh Syafi’i, tafsir, qiraah dan juga tasawwuf dan thoriqah. Beliau menghafal al-Quran dan menguasai segala ilmu berhubungan dengannya termasuklah menguasai qiraatus sab’ah. Beliau menimba pengetahuannya daripada ramai ulama seperti Kiyai Muhammad Nur dan di berbagai pesantren antaranya Pesantren Langitan Tuban, Pesantren Cangaan Bangil, Pesantren Keboncandi Pasuruan dan Pesantren Banyuwangi. Setelah itu, beliau berangkat ke Makkah al-Mukarramah untuk menimba ilmu di sana. Sewaktu nyantri, beliau tidak mengharapkan biaya daripada orang tuanya, bahkan beliau menampung biayanya sendiri dengan melakukan berbagai pekerjaan di samping belajar.
Beliau berangkat ke Makkah dalam tahun 1859, ketika berusia 24 tahun. Sepanjang perjalanan ke Makkah dan semasa di sana, beliau lebih gemar berpuasa dan melakukan riyadhah kerohanian. Dikisahkan bahawa selama di Makkah, kebiasaannya beliau hanya makan kulit tembikai berbanding makanan lain. Setelah pulang ke tanahairnya, beliau mendirikan pesantren di Desa Cengkebuan. Pesantren ini akhirnya beliau serahkan kepada menantunya Kiyai Muntaha, dan beliau sendiri membuka sebuah lagi pesantren di Desa Kademangan, Bangkalan. Antara ulama yang menjadi santri beliau adalah Hadhratusy Syaikh Hasyim Asy’ari, Kiyai Wahhab Hasbullah, Kiyai Ahmad Qusyairi dan Kiyai Bisri Syansuri.
Kiyai Kholil selain terkenal sebagai ulama, juga dikenali sebagai seorang waliyullah yang mempunyai berbagai karamah dan kasyaf. Murid beliau, Kiyai Ahmad Qusyairi bin Shiddiq dalam karyanya “al-Wasiilatul Hariyyah” mensifatkan gurunya ini sebagai ”beliau yang dalam ilmu nahwunya seperti Sibawaih, dalam ilmu fiqh seperti Imam an-Nawawi dan dari segi banyak kasyaf dan karamah seperti al-Quthub al-Jilani.” Maka tidak heran, makamnya sehingga kini diziarahi ramai untuk menjalankan sunnah ziarah kubur dan ngalap berkat. Beliau meninggal dunia pada 29 Ramadhan 1343H. Selain meninggalkan ramai santri yang menjadi ulama dan kiyai besar, beliau turut meninggalkan beberapa karangan antaranya “ash-Shilah fi bayanin nikah” dan “al-Matnusy-Syarif“. Moga Allah sentiasa mencucuri rahmat dan kasih-sayangNya kepada Embah Kiyai Kholil serta para leluhurnya juga sekalian ulama dan umat yang mentawhidkan Allah s.w.t. .. al-Fatihah.
Syaikh Ahmad Khatib Sambas
Salah seorang ulama kelahiran Pulau Borneo yang memiliki keistimewaan tersendiri dengan mempelopori satu tarekat yang menggabung dua tarekat menjadi satu. Tarekat yang berpengaruh tersebut dikenali sebagai Tarekat Qadiriyyah wan Naqsyabandiyyah. Ulama tersebut adalah Syaikh Ahmad bin ‘Abdul Ghaffar bin ‘Abdullah bin Muhammad bin Jalaluddin yang dilahirkan di Kampung Dagang, Sambas, Kalimantan Barat pada bulan Shafar al-khair 1217H (1803M).
Apabila usia beliau 19 tahun, beliau pergi ke Makkah untuk memperdalamkan lagi ilmunya. Di sana beliau berguru dengan Tok Syaikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani. Selain berguru dengan Tok Syaikh Daud, beliau juga pergi belajar dengan Syaikh Muhammad Sholih bin Ibrahim ar-Rais, Syaikh, Syeikh ‘Umar ‘Abdur Rasul, Syaikh ‘Abdul Halim al-‘Ajami, Syaikh Bashri al-Jabarti, Sayyid Ahmad Al-Marzuqi (Mufti Maliki Makkah), Sayyid ‘Abdullah bin Muhammad Al-Mirghani, Syaikh ‘Uthman ad-Dimyathi dan ramai lagi. Kemasyhurannya, sama ada peringkat Nusantara mahu pun antarabangsa pada zamannya tidak dinafikan. Sekurang-kurangnya terdapat dua buah kitab yang ditulis dalam bahasa Arab oleh orang Arab, menceritakan kisah ulama-ulama Mekah dan nama Syeikh Ahmad Khathib Sambas juga terdapat di dalamnya iaitu “Siyar wa Tarajim” karya Syaikh ‘Umar ‘Abdul Jabbar dan “al-Mukhtashar min Kitab Nasyrin Naur waz Zahar” karya Syaikh ‘Abdullah Mirdad Abul Khair yang diringkaskan oleh Syaikh Muhammad Sa’id al-’Amudi dan Syaikh Ahmad Ali.Syaikh Ahmad Khatib bermukim di Makkah sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 1289H / 1872M. Beliau meninggalkan ramai murid dan khalifah, antaranya ialah Syaikh Abdul Karim Banten, Syaikh Tolhah Cirebon, Sayyidul Ulama Hijaz Syaikh Nawawi al-Bantani, Syaikh Muhammad Yaasin Kedah, Syaikh ‘Abdul Lathif bin ‘Abdul Qaadir Sarawak dan ramai lagi. Tarekat yang dipeloporinya mendapat tempat di kalangan ulama dan awam. Bahkan ramai ulama yang telah mengambil bai`ah ijazah dan talqin daripada beliau dan khalifah-khalifahnya. Antara yang mengambil talqin tersebut ialah Syaikh ‘Utsman as-Sarawaki yang menerima talqin zikir Tarekat Qadiriyyah wan Naqsyabandiyyah daripada khalifah beliau Syaikh Abdul Karim Banten. Bahkan sehingga kini ajaran dan amalan tarekatnya tetap mempunyai pengikut dan berpengaruh di rantau ini. Amalan, silsilah dan wirid tarekat beliau boleh dilihat dalam kitab “Fathul ‘Aarifiin” yang beliau imla`kan kepada muridnya bernama Syaikh Muhammad bin Ismail bin ‘Abdur Rahim al-Bali dalam bulan Rajab 1295H/1877M, kemudian ianya ditashhihkan oleh Syaikh Ahmad al-Fathani dan dicetak pertama kalinya tahun 1305H/1887M. Kitab ini sehingga kini masih tersebar.Mudah-mudahan Allah sentiasa merahmati Syaikh Ahmad Khatib Sambas serta para guru beliau dan sekalian ulama dan awam umat ini. Al-Fatihah.
Ulama Mursyid
A. Pengertian Kedudukan mursyid atau pemimpin peramalan dalam suatu tarikat menempati posisi penting dan menentukan. Seorang mursyid bukan hanya memimpin, membimbing dan membina murid-muridnya dalam kehidupan lahiriah dan pergaulan sehari-hari supaya tidak menyimpang dari ajaran-ajaran Islam dan terjerumus kedalam maksiat seperti berbuat dosa besar atau dosa kecil, tetapi juga memimpin, membimbing dan membina murid-muridnya melaksanakan kewajiban yang ditetapkan oleh syara’ dan melaksanakan amal-amal sunnah untuk bertaqarrub mendekatkan diri kepada Allah SWT. Disamping memimpin yang bersifat lahiriah tersebut, seorang mursyid adalah juga pemimpin kerohanian bagi murid-muridnya, menuntun dan membawa murid-muridnya kepada tujuan tarikat guna mendapatkan ridla Allah SWT. Oleh sebab itu seorang mursyid pada hakikatnya adalah sahabat rohani yang sangat akrab sekali dengan rohani muridnya yang bersama-sama tak bercerai-cerai, beriring- iringan, berimam-imaman melaksanakan zikrullah dan ibadat lainnya menuju ke hadirat Allah SWT. Persahabatan itu tidak saja semasa hidup di dunia, tetapi persahabatan rohaniah ini tetap berlanjut sampai ke akhirat, walaupun salah seorang telah mendahului berpulang ke rahmatullah, dan telah sederetan duduknya dengan para wali Allah yang saleh.(Kadirun Yahya,1982 : 15-16).
As Syekh Muhammad Amin Al Kurdi dalam bukunya yang terkenal “Tanwirul Qulub” menjelaskan bahwa seorang murid/salik dalam usahanya menuju ke hadirat Allah SWT yang didahului dengan tobat, membersihkan diri rohani, kemudian mengisinya dengan amal-amal saleh haruslah mempunyai Syekh yang sempurna pada zamannya, yang melaksanakan ketentuan syariat berdasarkan Al Qur’an dan Al Hadis, dan mengikuti peramalan yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW secara berkesinambungan yang diteruskan oleh para ahli silsilah sampai pada zamannya. Seorang mursyid yang silsilahnya berkesinambungan sampai dengan Nabi Muhammad SAW, haruslah mendapatkan izin atau statuta dari mursyid sebelumnya. Dengan demikian seorang mursyid haruslah telah mendapatkan pendidikan yang sempurna, sudah arif billah, seorang wali yang mendapat izin atau statuta dari mursyid sebelumnya. Seorang murid/salik yang bertarikat tanpa Syekh maka mursyidnya adalah syetan. (Amin Al Kurdi, 1994 : 353). Syekh Abu Yazid Al Busthami, Artinya : “Orang yang tidak mempunyai Syekh Mursyid, maka syekh mursyidnya adalah syetan.” Pengertian Mursyid dijelaskan oleh Prof. Dr. H. Saidi Syekh Kadirun Yahya dalam beberapa buku dan ceramahnya bahwa Mursyid itu bukan wasilah, tapi Mursyid itu adalah pembawa wasilah atau hamilul wasilahatau wasilah carrier,menggabungkan wasilah itu kepada wasilah yang telah ada pada rohaniah Rasulullah SAW. Sebagai pemimpin rohani mursyid mempunyai sifat-sifat kerohanian yang sempurna, bersih dan kehidupan batin yang murni. Mursyid adalah orang yang kuat sekali jiwanya, memiliki segala keutamaan, dan mempunyai kemampuan makrifat. Mursyid merupakan kekasih Tuhan. Secara khusus mendapat berkah daripada-Nya, dan sekaligus menjadi pembawa wasilah dari hamba kepada Tuhannya. Pada dirinya terkumpul makrifat sempurna tentang syariat Tuhan, mengetahui berbagai penyakit rohani dan tahu cara pengobatannya. Sebagai kekasih Allah, Mursyid mendapat anugerah kemampuan untuk mendatangkan maunah-maunah atau karamah-karamah. Syekh Mursyid dalam melaksanakan tugasnya mempunyai predikat-predikat sesuai dengan tingkat dan bentuk pengajaran yang diberikan kepada murid-muridnya. Predikat-predikat itu dapat saja terkumpul dalam diri satu orang atau ada pada beberapa orang. Predikat itu antara lain :
(1) Syaikh al-Iradah, yaitu tingkat tertinggi dalam tarikat yang iradahnya (kehendaknya) telah bercampur dan bergabung dengan hukum Tuhan, sehingga dari syekh itu atau atas pengaruhnya orang yang meminta petunjuk menyerahkan jiwa dan raganya secara total.
(2) Syaikh al-Iqtida’, yaitu guru yang tindak tanduknya sebaiknya ditiru oleh murid, demikian pula perkataan dan perbuatannya seyogyanya diikuti.
(3) Syaikh at-Tabarruk, yaitu guru yang selalu dikunjungi oleh orang-orang yang meminta petunjuk, sehingga berkahnya melimpah kepada mereka.
(4) Syaikh al-Intisab, ialah guru yang atas campur tangan dan sifat kebapakannya, maka orang yang meminta petunjuknya akan beruntung, lantaran bergantung kepadanya. Dalam hubungan ini orang itu akan menjadi khadamnya (pembantunya) yang setia, serta rela menerima berbagai perintahnya yang berkaitan dengan tugas-tugas keduniaan.
(5) Syaikh at- Talqin, adalah guru kerohanian yang membantu setiap individu anggota tarikat dengan berbagai do’a atau wirid yang selalu harus diulang-ulang.
(6) Syaikh at-Tarbiyah, adalah guru yang melaksanakan urusan-urusan para pemula dalam suatu lembaga tarikat. Tempat tinggal syekh biasanya disebut Zawiyah, dan di tempat itu dia dibantu oleh para khadam dalam menjalankan tugasnya(Ensiklopedi Islam 3, 1994 : 303). B. Dalil-Dalil Banyak dalil naqli Al Qur’an maupun Al Hadis, yang menjelaskan tentang fungsi dan kedudukan Mursyid. Menjelaskan dalil naqli tersebut kita temui pula Qaulul Arifin yaitu kata-kata mutiara sufi yang telah arif billah menjelaskan fungsi dan kedudukan mursyid tersebut dalam suatu tarikatullah. Firman Allah SWT, Artinya : Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, dialah orang yang mendapat petunjuk dan siapa yang dibiarkan-Nya sesat, maka tidak ada seorang pemimpin (Wailyyam Mursyida) pun yang memberinya petunjuk (Q.S. Al Kahfi 18 : 17). Firman Allah SWT, Artinya : Barang siapa mentaati Allah dan Rasul, maka mereka itu bersama-sama dalam deretan orang- orang yang diberikan Allah kurnia pada mereka yaitu para Nabi, para shidiqin, orang-orang syahid dan orang-orang yang saleh. Adalah sebaik-baiknya bersahabat dengan mereka (Q.S. An Nisa’ 4 : 69). Firman Allah SWT, Hai orang-orang beriman bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah kamu bersama-sama dengan orang- orang yang benar (Q.S. At Taubah 9 : 119). Dari Q.S Al Kahfi 18 : 17 tersebut dapat disimpulkan bahwa Mursyid itu adalah seorang wali yang berfungsi sebagai pembimbing rohani dari seorang yang mendapat hidayah dari Allah SWT. Dari Q.S. An Nisa’ 4 : 69 juga Q.S. At Taubah 9 : 119 Mursyid itu termasuk kelompok orang- orang yang benar dan orang-orang yang saleh. Tafsir Al Maraghi V : 128, menjelaskan tentang tafsir Q.S. Al Kahfi 18 : 17bahwa Ashabul Kahfi adalah contoh orang yang mendapat petunjuk, memperoleh jalan yang benar dan mendapat kemenangan dunia akhirat. Mereka itu adalah orang yang mendapat irsyad/petunjuk dari Allah SWT, sedangkan orang yang sesat adalah orang yang tidak mendapatkan hidayah irsyad/petunjuk itu dan tidak pula mendapatkan seseorang yang menunjukinya (mursyid) maka larutlah dia dalam keadaan sesat itu.
Sabda Rasulullah SAW, Artinya : Dari Usman bin Affan r.a. d ia berkata, Rasulullah bersabda, “Di hari kiamat, yang memberi syafaat ada tiga golongan yaitu para nabi, para ulama, dan para syuhada.” (H.R. Ibnu Majah).
Sabda Rasulullah SAW, Artinya : Dari Abu Sa’id, sesungguhnya Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya sebagian dari umatku ada yang memberi syafaat kepada golongan besar dari manusia, sebagian dari mereka ada yang memberi syafaat kepada satu suku, sebagian dari mereka ada yang memberi syafaat kepada satu orang, sehingga mereka masuk surga semuanya.” (H.R. Tarmizi).
Sabda Rasulullah SAW, Artinya : “Jadikanlah dirimu beserta dengan Allah, jika kamu belum bisa menjadikan dirimu beserta dengan Allah maka jadikanlah dirimu beserta dengan orang yang telah beserta dengan Allah, maka sesungguhnya orang itulah yang menghubungkan engkau (rohanimu) kepada Allah”. (H.R. Abu Daud) Yang dimaksud dengan ulama dalam hadis riwayat Ibnu Majah dan orang yang memberi syafaat dalam hadis riwayat Tarmizi termasuk para Mursyid. Dalam sabda Rasulullah orang yang telah beserta dengan Allah itu termasuk para wali mursyid.
C. Syarat-syarat Berdasarkan pengertian tentang Mursyid dan dalil-dalilnya, maka tidak semua orang bisa menjadi mursyid. Walaupun fungsi Mursyid itu sama dengan fungsi guru yaitu memimpin, membimbing dan membina murid-muridnya, tapi bidangnya adalah rohani yang sangat halus yang berpusat pada lubuk hati sanubari. Jadi sifatnya tidak kelihatan, ghaib atau metafisika. Pelajaran yang diberikan mursyid kepada muridnya merupakan transfer of spiritual yaitu Iman dan Takwa (Imtak). Adapun fungsi guru yang kita kenal adalah transfer of knowledge. Dia mengajarkan masalah-masalah ilmu pengetahuan dan teknologi (Iptek). Menurut Al Mukarram Saidi Syekh Prof. Dr. H. Kadirun Yahya ada delapan syarat utama bagi seorang mursyid itu, yaitu :
1). Pilihlah guru yang mursyid, yang dicerdikkan Allah SWT dengan izin dan ridho-Nya bukan dicerdikkan oleh yang lain-lain.
2). Kamil lagi Mukammil (sempurna dan menyempurnakan), yang diberi kurnia oleh Allah, karena Allah. 3). Memberi bekas pengajarannya (kalau ia mengajar atau mendo’a berbekas pada si murid, si murid berubah ke arah kebaikan), berbekas pengajarannya itu, dengan izin dan ridla Allah, Biiznillaahi.
4). Masyhur ke sana ke mari, kawan dan lawan mengakui, ia seorang guru besar.
5). Tidak dapat dicela pengajarannyaoleh orang yang berakal, karena tidak bertentangan dengan Al Qur’an, Al Hadis dan akal/ilmu pengetahuan.
6). Tidak mengerjakan hal yang sia-sia, umpamanya membuat hal-hal yang tidak murni halalnya.
7). Tidak setengah kasih kepada dunia, karena hatinya telah bulat penuh kasih kepada Allah. Dia ada giat bergelora dalam dunia, bekerja hebat dalam dunia, tetapi tidak karena kasih kepada dunia itu, tetapi karena prestasinya itu adalah sebagai wujud pengabdiannya kepada Allah SWT. 8). Mengambil ilmu dari “Polan” yang tertentu ; Gurunya harus mempunyai tali ruhaniah yang nyata kepada Allah dan Rasul dengan silsilah yang nyata. Di kalangan sufi atau tarikat, berguru itu yang penting tidak hanya mendapatkan pelajaran atau ilmu pengajaran, tetapi yang lebih penting lagi dalam belajar dengan Syekh Mursyid itu adalah beramal intensif dan berkesinambungan, serta memelihara adab dengan Syekh Mursyid sebaik-baiknya. Dengan cara ini seseorang murid antara lain akan mendapatkan Ilmu Ladunni langsung dari Allah SWT yang berbentuk makrifah karena terbukanya hijab. Inilah yang dimaksud dengan syarat nomor satu tersebut. Syarat yang terpenting lainnya bahwa seseorang mursyid itu harus mempunyai silsilah dan statuta yang jelas dari gurunya, seperti yang tersebut pada syarat nomor delapan. As Syekh Muhammad Amin Al Kurdi dalam buku Tanwirul Qulubnya ada 24(duapuluh empat) syarat yang harus dipenuhi oleh seorang Mursyid yaitu :
1). Mempunyai pengetahuan yang cukup tentang Syariah dan Akidah yang dapat menjawab, dan memberikan penjelasan bila mereka bertanya tentang itu.
2). Mengenal dan arif tentang seluk beluk kesempurnaan dan peranan hati serta mengetahui pula penyakit-penyakit, kegelisahan-kegelisahannya dan mengetahui pula cara-cara mengobatinya.
3). Bersifat kasih sayang sesama muslim terutama kepada muridnya. Apabila seorang mursyid melihat muridnya tidak sanggup meninggalkan kebiasaan-kebiasaan jeleknya maka ia harus bersabar dan tidak mencemarkan nama baiknya. Dia juga harus terus menerus memberi nasehat, memberi petunjuk sampai muridnya itu kembali menjadi orang baik.
4). Mursyid harus menyembunyikan atau merahasiakan aib dari murid-muridnya.
5). Tidak tersangkut hatinya kepada harta muridnya dan tidak pula bermaksud untuk memilikinya.
6). Memerintahkan kepada murid apa yang harus dilaksanakan dan melarang apa yang harus ditinggalkan. Untuk itu Mursyid harus memberi contoh sehingga ucapannya menjadi berwibawa.
7). Tidak duduk terus menerus bersama dengan muridnya kecuali sekedar hajat yang diperlukan. Kalau dia bermuzakarah memberi pelajaran kepada murid-muridnya haruslah memakai kitab-kitab yang muktabarsupaya mereka bersih dari kotoran yang terlintas dalam hati, dan supaya mereka dapat melaksanakan ibadat yang sah dan sempurna.
8). Ucapannya hendaklah bersih dari senda gurau dan olok-olok, tidak mengucapkan sesuatu yang tidak perlu.
9). Hendaklah selalu bijaksana dan lapang dada terhadap haknya. Tidak boleh minta dihormati, dipuji atau disanjung-sanjung dan tidak membebani murid dengan sesuatu yang tidak sanggup dilaksanakannya dan tidak menyusahkan mereka.
10). Apabila dia melihat seorang murid yang kalau banyak duduk semajelis dengannya, bisa mengurangi kewibawaan dan kebesarannya, hendaklah si murid itu segera disuruh berkhalwat yang tidak begitu jauh darinya.
11). Apabila ia melihat kehormatan terhadap dirinya sudah berkurang dalam anggapan hati murid- muridnya, hendaklah ia segera mengambil langkah-langkah yang bijaksana untuk mencegahnya, sebab yang demikian ini adalah musuh yang terbesar.
12). Tidak lalai untuk memberi petunjuk kepada mereka, tentang hal-hal untuk kebaikan murid- muridnya.
13). Apabila murid menyampaikan sesuatu yang dilihatnya dalam mukasyafah maka hendaklah ia tidak memperpanjang percakapan tentang itu. Karena kalau mursyid memperpanjang pembicaraannya tentang penglihatan murid tadi, mungkin murid itu akan merasa martabatnya sudah tinggi dan ini akan merusak citranya.
14). Mursyid wajib melarang murid-muridnya membicarakan rahasia tarikat kepada orang yang bukan ikhwannya kecuali terpaksa. Mursyid juga mencegah pembicaraan tentang sesuatu yang luar biasa yang dialaminya walaupun dengan sesama ikhwan, sebab yang demikian ini akan menimbulkan rasa sombong dan takabur atau menganggap dirinya lebih tinggi dari yang lain.
15). Mursyid hendaklah berkhalwat pada tempat yang khusus dan tidak memperkenankan orang lain masuk kecuali orang-orang yang telah ditentukan.
16). Mursyid hendaklah menjaga agar muridnya tidak melihat segala gerak-geriknya, tidurnya, makan dan minumnya, sebab yang demikian bisa mengurangi penghormatan murid terhadap syekh yang bercerita dan mempergunjingkannya yang merusak kemaslahatan murid itu sendiri.
17). Tidak membiarkan murid terlalu banyak makan, karena banyak makan itu memperlambat tercapainya latihan yang diberikan oleh Mursyid, dan banyak makan itu menjadikan murid itu budak perut.
18). Melarang murid-muridnya semajelis dengan mursyid lain, sebab yang demikian membahayakan keadaan murid itu sendiri. Tetapi apabila dia melihat pergaulan itu tidak akan mengurangi kecintaan dan tidak pula akan menggoyahkan pendirian muridnya, maka boleh saja mursyid membiarkan muridnya semajelis dengan syekh lain.
19). Harus mencegah muridnya sering mengunjungi pejabat-pejabat atau para hakim, supaya murid jangan terpengaruh, dan bisa menghambat tujuannya untuk menuju akhirat.
20). Tutur kata dan tegur sapa hendaklah dilaksanakan dengan sopan santun dan lemah lembut dan tidak boleh berbicara kasar atau memaki-maki.
21). Apabila seorang murid mengundangnya maka hendaklah dia menerima undangan itu dengan penuh penghormatan dan penghargaan.
22). Apabila mursyid duduk bersama muridnya, hendaklah dia duduk dengan tenang, sopan, tertib dan tidak gelisah dan tidak banyak menoleh kepada mereka. Tidak tidur bersama mereka, tidak melunjurkan kaki. Para murid harus percaya bahwa mursyid itu mempunyai sifat-sifat terpuji yang menjadi ikutan dan panutan mereka.
23). Apabila mursyid menerima kedatangan murid, hendaklah dia menerimanya dengan senang hati, tidak dengan muka yang masam dan apabila murid meninggalkannya hendaklah mursyid mendo’akannya tanpa diminta. Apabila Mursyid datang kepada muridnya, hendaklah ia berpakaian rapi, bersih dan bersikap yang sebaik-baiknya.
24). Apabila seorang murid tidak hadir di majelis zikir, hendaklah ia bertanya dan meneliti apa sebabnya. Kalau dia sakit, hendaklah dia jenguk atau ada keperluan hendaklah ia bantu atau karena ada suatu halangan hendaklah dia mendo’akannya.
As Syekh Amin Al Kurdi berkesimpulan bahwa sifat mursyid harus meneladani sifat-sifat Rasulullah menghadapi sahabat-sahabatnya sesuai dengan kemam-puannya (Amin Al Kurdi, 1994 : 453-455). Imam Al Ghazalimenyatakan bahwa murid tak boleh tidak harus mempunyai syekh yang memimpinnya, sebab jalan iman adalah samar, sedangkan jalan Iblis itu banyak dan terang. Barang siapa yang tak mempunyai syekh sebagai petunjuk jalan dia pasti akan dituntun oleh Iblis dalam perjalanannya itu.Tentang menghadirkan mursyid, dalam fatwa itu beliau mengatakan salah satu metode berzikir dan beramal dalam tarikatullah Naqsyabandiyah adalah menghadirkan Syekh Mursyid sebagai imam rohani. Dengan hal ini akan mendapatkan konsentrasi penuh dalam berzikir dan beribadat. Sesungguhnya menghadirkan (menyertakan) Syekh Mursyid dalam berzikir dan beribadat tidak hanya terdapat dalam Tarikatullah Naqsyabandiyah saja, tetapi juga terdapat pada seluruh lembaga tarikat-tarikat muktabarah.
Sabda Rasulullah SAW, Artinya : Menceritakan kepada kami Sofian bin Wakik, mengabarkan kepada kami Bapakku dari Sofian, dari ‘Asyim bin Ubaidillah, dari Salim, dari Ibnu Umar, dari Umar bin Khattab, bahwa sesungguhnya Umar bin Khattab pada waktu minta ijin kepada Nabi SAW untuk melaksanakan ibadat Umrah, maka Nabi bersabda, “Wahai saudaraku Umar, ikut sertakan aku/hadirkan aku, pada waktu engkau berdo’a nanti, dan jangan engkau lupakan aku”. Hadis ini adalah hadis Hasan Sahih. (H.R. Abu Daud dan Turmuzi).
Demikian pula menurut riwayat Saidina Abu Bakar r.a. dan Saidina Ali r.a. menyampaikan kepada Rasulullah SAW bahwa mereka tidak pernah lupa, tapi selalu teringat kepada Rasulullah pada setiap melaksanakan ibadat bahkan sampai pada waktu di kamar kecil. Rasulullah membenarkan apa yang telah mereka alami itu. Para pakar Tarikat Naqsyabandiah sepakat membolehkan dan membenarkan untuk menghadirkan Syekh Mursyid karena fungsinya sebagai ulama pewaris Nabi, sebagai imam/pembimbing rohani, dengan tujuan agar orang yang berzikir dan beribadat itu terhindar dari segala was-was, rupa- rupa/pandangan-pandangan lain, bisikan-bisikan lain, perasaan-perasaan lain, yang diciptakan oleh iblis dan syetan yang selalu mengganggu orang-orang yang berzikir dan beribadat itu, padahal yang bersangkutan belum tinggi kualitas Iman dan Takwanya.
Rasulullah SAW bersabda, “Jadikanlah dirimu beserta dengan Allah, jika kamu belum bisa menjadikan dirimu beserta dengan Allah maka jadikanlah dirimu beserta dengan orang yang telah beserta dengan Allah, maka sesungguhnya orang itulah yang menghubungkan engkau (rohanimu) kepada Allah” (H.R. Abu Daud).
Sabda Rasulullah SAW, Artinya : Dari Abdullah bin Busrin r.a. berkata, bersabda Rasulullah SAW, “Sangat beruntunglah bagi orang yang melihat aku dan beriman kepadaku, sangat beruntung pula orang yang melihat orang yang telah melihat aku, demikian juga seterusnya orang yang telah melihat orang yang telah melihat aku tadi dan beriman kepadaku, dan beruntunglah kesemuanya dan bagi mereka semua mendapatkan sebaik- baik tempat kembali kepada Allah.” (H.R. Ath-Thabrani).
Sabda Rasulullah SAW, Artinya : Ya Ali, orang mu’min senantiasa tambah dalam agamanya selama tidak makan barang haram, dan barang siapa mencerai (menjauhi) ulama (jasmani dan rohani) maka matilah hatinya dan buta dari taat kepada Allah SWT (Syekh Abdul Wahhab Asy-Sya’rani, Washiyyatul Musthafa lil Imam Ali : 3). Sayyid Al Bakri dalam buku “Kifayatul Atqiyah”mengatakan, Artinya : Dan menyatakan pula kepada (zikir Allah, Allah) itu menghadirkan gurunya yang mursyid, agar menjadi teman dalam perjalanan menuju kepada Allah ta’ala (Sayyid Al Bakri, Kifayatul Atqiyah : 107).
Sabda Rasulullah SAW, Artinya : Barangsiapa melihat aku, maka betul-betul dia telah melihat aku. Sesungguhnya aku bisa menzahir dalam tiap-tiap rupa. (Sayyid Ahmad bin Idris, kitab Ruhus Sunnah Warauqun Nufusil .Mutma’innah : 147). Sabda Rasulullah SAW : Artinya : Barangsiapa memuliakan orang alim, maka sesungguhnya dia telah memuliakan aku. Barangsiapa memuliakan aku, sesungguhnya dia telah memuliakan Allah dan barangsiapa yang memuliakan Allah maka surgalah tempatnya (Jalaluddin Abdurrahman bin Abu Bakar as Suyuti, kitab “Lubabul Hadis” : 8).
Sabda Rasulullah SAW, Artinya : Barangsiapa melihat wajah orang alim (jasmani dan rohani) satu kali, dan dia bergembira, senang, menghayati dengan penglihatan itu, maka Allah ta’ala akan menjadikan dengan melihatnya itu, malaikat-malaikat yang memintakan ampun untuknya sampai hari kiamat. (Kitab Lubabul Hadis : 8).
Syekh Amin Al Kurdi menjadikan kisah Yusuf dengan Siti Zulaikha yang tidak jadi melaksanakan hubungan seksual, karena terbayang atau hadirnya dalam rohani ingatan Yusuf, yaitu ayahnya sendiri dan suami Zulaikha (Al Aziz, Perdana Menteri Mesir), betapa murkanya mereka ini nanti kalau terjadi perbuatan yang tidak susila itu. Syekh Amin Al Kurdi dan tokoh-tokoh sufi lainnya menjadikan Q.S. Yusuf 12 : 23 dan 24 ini sebagai dalil boleh dan perlunya menghadirkan mursyid supaya terhindar dari was-was iblis dan syetan. Yusuf menghadirkan ayahnya yitu Nabi Ya’cubdalam ingatan, sekaligus tersambung kepada Allah SWT, sehingga tercegahlah perbuatan tidak susila itu. Firman Allah SWT , Artinya : Dan wanita (Zulaikha) yang Yusuf tinggal di rumahnya menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya (kepadanya) dan dia menutup pintu-pintu, seraya berkata, “Marilah ke sini”. Yusuf berkata, “Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuanku (Qithfir) telah memperlakukan aku dengan baik”. Sesungguhnya orang-orang yang zalim tiada akan beruntung. Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan perbuatan itu) dengan Yusuf. Dan Yusuf pun tentu akan bermaksud (melakukannya pula) dengan wanita itu andaikata dia tidak melihat tanda (dari) Tuhannya. Demikianlah, agar Kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba- hamba Kami yang terpilih. (Q.S. Yusuf 12 : 23 – 24). Prof.Dr. H. Saidi Syekh Kadirun Yahya selanjutnya memfatwakan dan menegaskan kepada murid- murid beliau bahwa tidak boleh menjadikan foto Syekh Mursyid sebagai perantara, apalagi disembah atau disyarikatkan bersama-sama dengan Allah SWT. Jangankan fotonya, Syekh Mursyid pun bukan perantara dan bukan yang disembah atau disyarikatkan dengan Allah SWT. Syekh Mursyid tidak memberi bekas karena yang memberi bekas hanya Allah SWT saja. Yang memberi bekas adalah kudrat dan iradat Allah SWT yang merupakan power dan frekuensi tak terhingga ( ), langsung dari Allah SWT, yang tersalur melalui Arwahul Muqaddasah para Nabi dan para RasulAllah, serta para Wali Allah dan kepada orang-orang saleh yang berzikir, baik lahir maupun batin bersama-sama dengan mereka. Syekh Mursyidsebagaimana halnya wali-wali Allah yang lain, bukan juga wasilah, tetapi pembawa wasilah atau wasilah carrieratau hamilul wasilah yang menyalurkan wasilah, power dan frekuensi tak terhingga ( ) dari Allah SWT. Orang yang merabithkan rohaniahnya kepada rohaniah wali-wali yang ada padanya wasilah, maka dia akan langsung juga mendapatkan power dan frekuensi wasilah yang tak terhingga itu, sehingga faktor tak terhingga menjelma padanya yang disebut khariqul ‘adah, yang berbentuk ma’unah-ma’unah ataupun kekeramatan-kekeramatan. Pedoman dari Tarikat Naqsyabandiyah adalah sebagai berikut :
1. Tarikat ini adalah Tarikat Naqsyabandiah berdasarkan dalil Al Qur’an, Al Hadis, Ijma’ dan Qiyas.
2. Bermazhab Ahlus Sunnah wal Jama’ah.
3. Bermazhab Syafi’iah dalam bidang fikih.
4. Pengamal tarikat tidak boleh mengabaikan atau meninggalkan syariat, sebab antara keduanya merupakan kesatuan yang tidak dapat dipisahkan. Antara syariat dan tarikat adalah ibarat bawang. Kulit bawang itu sendiri sekaligus adalah isinya dari lapisan pertama sampai dengan lapisan terakhir. Kulit bawang adalah hakikat bawang itu sendiri dan sebaliknya, hakikat bawang adalah kulitnya itu sendiri. Begitu pulalah halnya antara syariat dan tarikat, antara syariat dan hakikat. Tarikat itu adalah pengamalan syariat itu sendiri.
5. Buat Usaha Dakwah
Di Indonesia anda bisa belajar ilmu tasauf dan juga ilmu tentang islam (ahlusunnah) kepada ulama -ulama mursyid , diantaranya (yang saya tahu betul akan kedua mursyid ini) :
1. KH Uzairon
Pondok Pesantren Al – Fatah (pondok pesantren ‘alim, hafidz, tharekat, dakwah)
Manis Rejo, Temboro, Kabupaten (district) Magetan, jawa timur (east java) – Indonesia
2. KH Mushlihun
Pondok Pesantren Sirojul Mukhlasin (pondok pesantren ‘alim, hafidz, tharekat, dakwah)
Payaman , Kabupaten (District) Magelang, Jawa Tengah (Central Java) , Indonesia