Jumat, 27 Agustus 2010

SIFAT 20 ADALAH IJMA

SIFAT 20 ADALAH IJMA..



Kitab yang berjodol “Tashih al-Mafahim al-’Aqadiah” yang telah ditulis oleh Sheikh Isa bin Abdullah Mani’ al-Hemyari, menjelaskan sifat 20 adalah ijma dan tidak boleh dipertikaikan.Bagi mereka yang mempertikaikan ada masaalah pastinya dalam aqidah mereka.Bagi mereka yang memperkatakan para sahabat tidak mengetahui siafat 20,ini adalah satu kenyataan yang berbau wahabi.Wahabi anti sifat 20.Mereka kata, tak kan Allah hanya 20 sifat? Kita kata Allah bersifat dengan sifat-sifat kamalat yang tidak terhitung banyaknya.20 sifat adalah yang wajib diketahui,sementara sifat-sifat yang lain adalah terkandung didalam 20 sifat tersebut.
20 sifat ini adalah berdasarkan dalil-dalil yang qati’.
Abadi

Pandangan Imam Taqiyyuddin al-Subki terhadap Ibn Taimiyah:Kitab al-Saif al-Saqil

Meletakkan sifat-sifat hawadith pada zat Allah SWT (SS-17)
Melakukan tashwish (kekaburan) dan dharar (kemudaratan) terhadap aqidah umat Islam (SS-18)
Menyatakan ziarah Maqam Rasulullah SAW sebagai maksiat (SS-18)(SSQ-
Mengganggap talak tiga jatuh satu (SS-18)
ulama’ telah sepakat untuk melakukan tahanan terhadap Ibnu Taymiyyah dan melarangnya menyerbarkan penulisannya.(SS-18)
Aqidah Ibnu Taymiyyah telah disebarkan oleh para sahabatnya secara ringkas (SS-19)
Ibnu al-Qayyim bahawasanya aqidah yang didokong oleh Ibnu Taymiyyah sebagai aqidah Ahli al-Hadith (SS-19)
Aqidah yang didokong oleh Ibnu al-Qayyim sebagai aqidah yang bathil yang membawa orang awam kepada mengkafirkan golongan selain daripada aqidah Ibnu Taymiyyah (SS-19)
ulama’ telah sepakat untuk melakukan tahanan terhadap Ibnu Taymiyyah dan melarangnya menyebarkan penulisannya.(SS-18)
Aqidah Ibnu Taymiyyah telah disebarkan oleh para sahabatnya secara ringkas (SS-19)

KENYATAAN IBNU HAJAR AL-HAITAMI TERHADAP IBNU TAIMIYYAH


Menafikan persamaan aqidah Imam Ahmad Ibn Hanbal dengan sebahagian Hanabilah Mujassimah (Fatawa Hadithiyah-271).Melarang umat Islam mendengar dan tunduk terhadap apa yang terdapat di dalam kitab Ibnu Taymiyyah dan Ibnu Qayyim. (Fatawa Hadithiyah -271)Menyenaraikan masalah-masalah yang Ibnu Taymiyyah bercanggah dengan ijma’ para ulama’ –terlalu banyak (Fatawa Hadithiyah -158)
Menyatakan bahawa Ibnu Taymiyyah adalah hamba yang dihinakan dan dibutakan oleh Allah SWT dan ditolak oleh majoriti ulama’ (Fatawa Hadithiyah -156-157)
Menyatakan Ibnu Taymiyyah adalah sebahagian daripada muhaddithin yang tidak betul-betul memahami maksud hadis (Fatawa Hadithiyah -373)
Ibnu Taymiyyah menghentam ulama’ sufi seperti al-Ghazali, Ibn ‘Arabi, Ibn al-Farid, Abu Hasan al-Shazili, Ibnu Sab’ien (Fatawa Hadithiyah -158).
Ramai ulama’ pada zamannya menghantar surat menasihatinya semula (FF-158).
Ibnu Taymiyyah menghentam Saidina Umar al-Khattab di minbar Masjid al-Jabal di Solihiyyah (Fatawa Hadithiyah -158).

Imam Ibn Abidin Al-Hanafi: Pengikut Muhammad bin Abdul Wahab adalah Khawarij

Dalam buku hasyiyah Ibn Abidin Al-Hanafi ini, Imam Allamah Ibn Abidin menegaskan bahawasanya, Muhammad bin Abdul Wahab dan para pengikutnya sebagai khawarij pada zaman ini.Lihat perkataan beliau:
كما وقع في زماننا في أتباع عبد الوهاب الذين خرجوا من نجد وتغلبوا على الحرمين, وكانوا ينتحلون مذهب الحنابلة, لكنهم اعتقدوا أنهم المسلمون وأن من خالفهم مشركون, ” واستباحوا بذلك قتل أهل السنة وقتل علمائهم حتى كسر الله شوكتهم وخرب بلادهم وظفر بهم ” عساكر المسلمين ” عام ثلاث وثلاثين ومائتين وألف. إ.هـ.
Maksudnya:
Bab: Berkenaan Pengikut-pengikut [Muhammad] Abdul Wahhab, Golongan Khawarij Dalam Zaman Kita.
“…sepertimana yang berlaku pada masa kita ini padapengikut Abdul Wahhab yang keluar dari Najd dan menakluki al-Haramayn (Mekah dan Madinah) dan mereka membangsakan diri mereka kepada mazhab al-Hanbali tetapimereka ber’iktikad bahawa hanya mereka sahajalah orang Islam dan orang-orang yang bertentangan akidah dengan mereka adalah kaum Musyrik. Dengan ini mereka pun menghalalkan pembunuhan Ahli Sunnah dan pembunuhan ulama’-ulama’ mereka sehingga Allah SWT mematahkan kekuatan mereka dan memusnahkan negeri mereka dan askar Muslim berjaya menawan mereka pada tahun 1233 H…”

Demikianlah sepertimana yang dijelaskan oleh Imam Ibn Abidin tentang sikap pengikut Muhammad bin Abdul Wahab yang merupakan khawarij pada zaman ini.

Ibn Hajar Al-Haitami Mengkritik Ibn Taimiyyah

Ibn Hajar Al-Haitami Mengkritik Ibn Taimiyyah
Dalam buku Al-Fatawa Al-Hadithiyyah karangan Imam Ibn Hajar Al-Haitami, ketika beliau membahaskan tentang kelebihan golongan fuqaha’ berbanding sebahagian golongan ahli hadith dalam memahami dan mengistinbath hukum daripada hadith-hadith hukum, beliau turut secara tak langsung mengkritik Ibn Taimiyyah.
Beliau ditanya: “Hadis itu menyesatkan kecuali bagi ahli Fiqh. Adakah ianya suatu hadith dan apa maknanya? Bukankah seorang ahli Fiqh itu juga perlu tahu mengenai Hadis terlebih dahulu.?!…”
Beliau menjawab: “Kata-kata itu bukanlah dari Rasulullah (sallallahu’alaihi wasallam), ia merupakan kata-kata Ibn ‘Uyainah r.h.l. dan ahli-ahli Fiqh yang lain. Maksud kata-kata itu ialah, hadith itu sendiri seperti Al-Qur’an. Ia kadangkala diriwayatkan dengan lafaz yang umum tetapi dengan maknanya yang khusus, begitu juga sebaliknya. Ada juga Hadis yang Nasikh dan Hadis yang Mansukh (tidak digunakan lagi). Ada juga hadith yang tidak disertai dengan amal (tidak diamalkan). Kadangkala pula, ada hadis yang secara zahirnya seolah-olah menyerupakan Allah dengan makhluk (Tasybih) seperti hadith “Tuhan turun” dan sebagainya. Tidak diketahui akan maknanya kecualilah golongan fuqoha’, berbeza dengan mereka yang tidak mengetahui melainkan sekadar (meriwayatkan lafaz) hadith tersebut. Dengan demikian (tidak mengetahui makna sebenarnya, tetapi sekadar meriwayatkannya secara zahir sahaja) orang akan sesat padanya (pada bermuamalah dengan hadith tersebut) sepertimana yang terjadi kepada sebahagian golongan hadith terdahulu dan golongan hadith yang mutakhir seperti Ibn Taimiyyah dan para pengikutnya. “
Demikian ungkapan Imam Ibn Hajar dalam menggambarkan fenomena di mana sebahagian ahli hadith yang tidak faham makna hadith secara betul, lalu mereka tersesat dengan hadith tersebut. Beliau menyebutkan antara contoh mereka tersebut adalah: “IBN TAIMIYYAH dan para pengikutnya”.
Jelaslah bahawasanya Imam Ibn Hajar Al-Haitami sendiri menolak Ibn Taimiyyah. Imam Ibn Hajar Al-Haitami ini adalah seorang yang diakui oleh para ulama’ akan ketinggian ilmunya dalam fiqh dan hadith.
Ni Imam Ibn Hajar kata ni

WAHHABI TIPU AL-IBANAH


( BUKTI DARI KITAB AL-IBANAH 1)

( BUKTI DARI KITAB AL-IBANAH 2 )
Oleh: Abu Syafiq (012-2850578)
” AL-IBANAH ‘AN USULI DIYANAH ” BUKAN KESEMUA ISI KANDUNGANNYA TULISAN IMAM AL-ASY’ARY.
Sememangnya kitab-kitab karangan Imam yang agong iaitu Imam Abu Hasan Al-Asy’ary ini menjadi carian dan keutamaan dalam menyebarkan dakwah. Ini kerana nama Imam tersebut sudah cukup mengambarkan kehebatan ilmu yang disampaikan seperti tersemai di tenta sejarah.
Berdasarkan kajian yang teliti dan amanah didapati bahawa kebanyakan kitab karangan Imam Al-Asya’ry dipermainkan dan ditokok tambah beberapa isi kandungannya berdasarkan apa yang telah diterangkan dalam kitab Tabyin Kazibi Muftary ‘Ala Imam Abu Hasan Al-Asy’ary oleh Ibnu ‘Asakir yang merupakan antara tokoh Al-Asya’irah yang utama.
WAHHABI BERDUSTA TERHADAP KITAB AL-IBANAH.
Rujuk sahaja buku-buku Wahhabi pasti akan diselitkan kenyataan dusta tanpa amanah terhadap Imam Al-Asy’ary. Paling kerap dinukilkan adalah dari kitab yang berjudul Al-Ibanah ‘An Usuli Ad-Diyanah.
Sebenarnya banyak pendustaan yang jelas terhadap sebahagian isi kandungan kitab tersebut.
Cuma kali ini difokuskan kepada satu sahaja daripada 39 pendustaan yang ditokok tambah dalam kitab tersebut.
WAHHABI BERDUSTA MENDAKWA “ALLAH DUDUK ATAS ARASY” ADALAH AKIDAH IMAM AL-ASYA’RY.
Ini merupakan pendustaan terhadap Imam Abu Hasan Al-Asy’ary.
Sebenarnya Imam Abu Hasan Al-Asy’ary tidak pernah mengatakan Allah Duduk Di Atas ‘Arasy dan tidak pernah juga beliau menyatakan Allah Bersemayam Di Atas ‘Arasy.
Tidak wujud dalam mana-mana kitab beliau pun kenyataan kufur tersebut.
Tidak wujud juga perkataan kufur tersebut dalam kitab Al-Ibanah ‘An usuli Ad-Diyanah karangan Imam Asy’ary. Tetapi Wahhabi berdusta lantas menyandarkan perkataan kufur tersebut kepada Imam Al-Asya’ry
Amat keji sungguh si penokok tambah yang mendakwa Imam Asy’ary kata begitu dalam Al-Ibanah. Bahkan apabila Imam Al-Asya’ry menyatakan tentang Istawa Allah beliau mensyarahkan dengan erti yang bukan bertempat dan berbentuk.
Lihat kitab Al-Ibanah di atas artikel ini yang telah discan dan perhatikan pada line yang telah digaris, kitab Al-Ibanah tersebut dicetakan Saudi Arabia Universiti Islamiah Madinah Munawwarah cetakan 5 mukasurat 119 & 126.
WAHHABI KATA : Imam Abu Hasan Al-Asya’ry pun kata Allah bertempat duduk/bersemayam di atas arasy dalam kitabnya Al-Ibanah.
Sedangkan
IMAM ABU HASAN AL-ASYA’RY PULA SEBUT DALAM KITABNYA ITU SENDIRI: ALLAH BERISTAWA ATAS ARASY TANPA BERBENTUK DAN TANPA MENGAMBIL TEMPAT. Lihat kitab Al-Ibanah di atas artikel ini yang telah discan dan perhatikan pada line yang telah digaris, kitab Al-Ibanah tersebut dicetakan Saudi Arabia Universiti Islamiah Madinah Munawwarah cetakan 5 mukasurat 119 & 126.
Pendusta Wahhabi amat keji disisi Allah dan Islam. Semoga pembohong Wahhabi ini diberi hidayah sebelum mati.
*ISTAWA TIDAK BOLEH DITERJEMAHKAN KEPADA BERSEMAYAM KERANA BERSEMAYAM BERERTI DUDUK, INI BUKAN SIFAT ALLAH. SEPERTI MANA ALMUTAKABBIR TIDAK BOLEH DITERJEMAHKAN KEPADA SOMBONG&ANGKUH KERANA ITU SIFAT JELEK BUKAN SIFAT ALLAH. AKAN TETAPI SEBAIKNYA DITERJEMAHKAN DENGAN MAHA BERKUASA.